Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Brumbies kelab ragbi pertama sertai Kejohanan Kelab Sedunia 10s Singapura

Mar 11, 2014 | 02:11 PM



KELAB Brumbies dari Australia adalah pasukan ragbi pertama yang bakal bertanding di Kejohanan Kelab Sedunia 10s yang diadakan buat julung-julung kali di Singapura dari 21 - 22 Jun nanti.


Penganjur dan pemilik kejohanan, Carinat Sports Marketing, mengumukan kelab yang berpangkalan di Canberra itu adalah yang pertama daripada lapan kelab ragbi profesional dari serata dunia yang mengesahkan penyertaannya dalam kejohanan 10s pertama di Hab Sukan Singapura.


Berpangkalan di Canberra, Brumbies diiktiraf sebagai antara kelab paling berjaya dalam francais Super Rugby, setelah melangkah ke lima final dan menjulang piala sebanyak dua kali, menewaskan kelab handal dari Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.


Tiket untuk menyaksikan Kejohanan Kelab Sedunia 10 Sepasukan (10s) di Singapura berharga $40 (pas sehari) dan $70 (pas dua hari).


Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun masuk percuma.


Anggota kelab ragbi setempat dan pemain pasukan sekolah boleh mendaftar nama mereka di laman rasmi www.worldclub10s.com untuk menikmati diskaun 20 peratus.


Norman Sawi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >