Brunei DPMM juara Liga Perdana Singapura

BRUNEI DPMM telah dinobat juara Liga Perdana Singapura Ahad ini (15 September), menjadikan ia kelima kali sebuah pasukan luar negara menjulang tahta liga setempat dalam lima tahun berturut-turut.

Ini susulan keputusan pesaing terdekatnya, Hougang United, yang mengongsi jaringan gol 4-4 menentang Geylang International Ahad ini.

Keputusan seri itu sekaligus menentukan DPMM sebagai juara dengan empat mata di hadapan penghuni tangga kedua dan dua perlawanan untuk dimainkan. 

The Cheetahs hanya mempunyai satu perlawanan tinggal dalam liga, menentang DPMM di Bandar Seri Begawan.

Kali terakhir pasukan tempatan memenangi liga setempat ialah Warriors FC pada 2014 sebelum DPMM pada 2015 dan pasukan Jepun, Albirex Niigata pada 2016 hingga 2018.