MAJLIS Sukan Singapura (SSC) berhasrat membuka lembaran baru dalam sejarahnya apabila ia mengubah nama menjadi Sports Singapore atau Sukan Singapura pada 1 April ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lim Teck Yin, langkah itu merangkumi hasrat pertubuhan tersebut mahu membentuk identiti baru dalam minda pihak berkepentingan dan awam sebagai badan inklusif yang memberi kuasa kepada warga 'hidup lebih baik menerusi sukan', selaras dengan 'Vision 2030 - live better through sport' yang dipelopori bersama dengan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).