Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Cabaran berbeza 3 pengurus tiga pasukan teratas

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Hujung minggu yang melibatkan beberapa perlawanan 'bermasalah' bagi pasukan yang dianggap pesaing utama Liga Perdana England (EPL) bermula hari ini.



Liverpool, yang sedang mempunyai momentum kemenangan dalam liga domestik dan pertandingan di Eropah menerima kunjungan Southampton di Anfield.



Berdasarkan 'form' Liverpool masa ini, pasukan itu dijangka memenangi perlawanan ini tanpa sebarang masalah dan merapat jurang dengan pendahulu liga Chelsea.



Namun, Southampton, seperti Watford, sejak beberapa musim lalu boleh menjadi pasukan perosak, yang boleh memporak-perandakan benteng pasukan yang dianggap lebih kuat.



Ini dilihat semasa Watford menewaskan Manchester United 4-1 pada hujung minggu lalu, yang membuka pintu keluar bagi Ole Gunnar Solskjaer dari Old Trafford, dan dari cara Crystal Palace menewaskan Manchester City pada awal musim.



Pengurus Liverpool Juergen Klopp juga sedar akan kemungkinan ini dan sengaja tidak merehatkan pemain bertaraf bintang dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di pertengahan minggu lalu, untuk mengelak momentum pasukan terganggu.



Liverpool juga berharap pendahulu liga Chelsea akan tersungkur semasa pasukan itu mengunjungi United di Old Trafford pada malam esok.



Berdasarkan cara Chelsea menewaskan Juventus dengan jurang besar dalam Liga Juara-Juara di pertengahan minggu, anak didik pengurus sementara United Michael Carrick harus berasa gerun.



Chelsea bukan sahaja dibintangi bintang-bintang yang handal, tetapi kehadiran Thomas Tuchel berjaya menggabungkan bakat yang ada menjadi satu unit yang sukar ditewaskan.



Namun, selepas pemergian Solskjaer dan dengan pengurus baru dijangka tidak lama lagi, pemain United bak dapat semangat baru.



Ini dilhat semasa United menewaskan Villareal dalam Liga Juara-Juara Eropah, sekali gus menjamin tempat di pusingan selanjutnya sebagai juara kumpulan.



Satu keprihatinan ialah barisan depan United yang terlalu bergantung kepada Cristiano Ronaldo, yang kini pada usia 36 tahun, tidak begitu mampu mempengaruhi perlawanan sebagaimana yang dilakukannya di puncak kerjayanya.



Dari segi ini, pemain Chelsea seperti N'golo Kante di bahagian midfield dijangka dapat mematahkan serangan United dengan mudah dan menggerakkan serangan untuk mengasak benteng United yang rapuh.



Pada malam yang sama, Pep Guardiola dan anak didiknya pula akan menerima kunjungan West Ham di Stadium Etihad.



Pemain City Raheem Sterling telah mula menunjukkan taring lagi dan pemain sokongan lain seperti Bernardo Silva dan Gabriel Jesus kini bermain dengan 'form' yang baik.



Namun West Ham, di bawah kepimpinan David Moyes adalah satu unit yang bukan sahaja sukar dikalahkan, malah boleh menjaringkan gol.



West Ham telah menjaringkan 23 gol setakat ini, dan memenangi tujuh daripada 12 perlawanan, yang memberinya kedudukan di luar jangkaan di tempat keempat dalam liga.



Malah, West Ham meraih beberapa kemenangan yang menjolok mata musim ini, termasuk ke atas Liverpool, yang mengakhiri rekod tanpa kalah pasukan tersebut.



Menjelang perlawanan tersebut, Guardiola berkata pasukannya tidak akan menganggap mudah tentangan yang bakal diberikan West Ham.



"Mereka adalah pasukan yang cekap dan bermain sebagai satu unit. Pengurus mereka juga berkebolehan dan mampu menyusun strategi dan pasukan yang merbahaya," ujar Guardiola.



Namun, Moyes, yang pernah memimpin United, tidak mudah termakan pujian. Beliau berkata lebih rela menumpukan perhatian pada perlawanan itu.



"City pasukan yang handal, kami tahu apa yang perlu dilakukan dan kami telah membuat persiapan sebaik mungkin," ujar beliau." .- Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >