Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Cabaran hebat untuk Everton bangkit semula

Jan 25, 2023 | 05:30 AM



EVERTON: Sememangnya kelab Everton patut berasa bangga akan diri mereka.



Kelab itu merupakan anggota pengasas Liga Bola Sepak pada 1888, dan kemudian Liga Perdana 104 tahun kemudian.



Pasukan itu juga merupakan kelab pertama yang dianugerahkan dengan trofi Kejuaraan Liga.



Malangnya semasa di stadium Goodison Park - yang merupakan stadium England pertama yang dibina khusus untuk bola sepak - terdapat dua perkara yang berlaku buat pertama kali juga.



Dua minggu lalu merupakan kali pertama anggota lembaga Everton diarah untuk tidak ke padang mereka sendiri demi keselamatan mereka dan ia juga kali pertama pasukan itu tewas dalam empat perlawanan berturut-turut di padang sendiri sejak 1958.



Akibatnya Everton tercorot ke tangga-19 dengan 15 mata - jumlah mata yang sama dipungut West Ham (tangga ke-18) dan Southampton (tangga ke-20).



Jika tiada kemajuan, pasukan itu tiada peluang untuk kekal dalam EPL.



Sejauh ini kelab itu tewas 10 permainan daripada 13 perlawanan terakhir mereka.



Secara keseluruhan mereka hanya menang tiga daripada keseluruhan 19 permainan EPL musim ini - jumlah terendah dalam sejarah pasukan itu.



Masalah diburukkan lagi dengan kemarahan para peminat yang sejauh ini lantang meluahkan rasa tidak puas hati mereka.



Pemilik kelab itu, Farhad Moshiri, terus menawarkan pengurus kelab, Frank Lampard, dengan tanggungjawab memimpin kelab itu.



Namun persoalan terus timbul sekiranya Lampard benar-benar layak memegang jawatan itu apatah lagi dengan persembahan malap pasukan tersebut sejauh ini.



Farhad pasti harapkan dorongan momentum dan keyakinan.



Kembalinya pemain seperti Alex Iwobi dalam senarai kesebelasan utama meskipun buku lalinya cedera semasa di Old Trafford, sepatutnya meningkatkan keyakinan pasukan.



Begitu juga Amadou Onana yang menjaringkan gol menerusi tandukan kemasnya semasa menentang Southampton.



Namun suasana di Goodison Park berubah tatkala pemain Southampton, James Ward-Prowse, menjaringkan gol penyamaan disusuli dengan gol kemenangan selepas masa rehat.



Dalam pertemuan dengan media, Lampard kelihatan sugul dengan keputusan yang dicatat pasukannya.



Meskipun beliau meminta maaf di atas persembahan anak buahnya, namun para peminat masih ragu-ragu dengan pelantikan Lampard.



Padahal Lampard sendiri mengakui yang beliau bukan seseorang yang boleh membawa keajaiban atau pun jurulatih yang terhandal di dunia.



Senang kata, peminat berasakan pasukannya dianggotai para pemain yang agak lemah.



Mendapatkan khidmat dua pemain - Neal Maupay daripada Brighton dan Dwight McNeil daripada Burnley - sebagai strategi memperkukuh pasukan itu masih menjadi tanda tanya.



Apatah lagi kededua mereka di bangku simpanan semasa menentang Southampton.



Tidak hairanlah kurang peminat yang memberi dorongan semasa di Goodison Park dan ramai yang pulang selepas Southampton mendapat gol kedua.



Yang membimbangkan adalah Everton tidak akan dapat kembali kepada prestasi lamanya berdasarkan persembahan mereka yang hambar sejak kebelakangan ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >