Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

PIALA MERLION

Cabaran musim Raya

Selepas 10 tahun menyepi, kejohanan Piala Merlion kembali, tampilkan pasukan U22 Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura
Jun 05, 2019 | 05:30 AM

SEDANG kita sibuk menjamu ketupat dan rendang serta mengunjungi sanak-saudara, 22 pemain skuad kebangsaan hanya ada satu matlamat dalam fikiran mereka sepanjang minggu pertama Aidilfitri - bola sepak.

Mulai lusa hingga Ahad ini, skuad bola sepak bawah 22 tahun (U22) Singapura akan 'beraya' di Stadium Jalan Besar dengan harapan merangkul Piala Merlion.

Selepas 10 tahun menyepi, kejohanan itu kembali, menampilkan empat pasukan bola sepak U22 di rantau ini - Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura, selaku tuan rumah.

Mengulas mengenai persiapan pasukannya sewaktu ditemui wartawan Berita Harian di Padang Geylang pada minggu lalu, jurulatih skuad U22 negara, Fandi Ahmad, berkata:

"Ia tidak sebaik mana yang saya mahukan sebab mereka (pemain) harus berlatih dalam keadaan berpuasa. Selain itu, mereka juga harus imbangi masa sekolah dan latihan bersama kelab masing-masing sebab kita masih lagi dalam musim Liga Perdana Singapura.

Berita Popular

"Tapi, apa yang lebih membimbangkan saya adalah keadaan dan tahap kecergasan mereka selepas Raya. Yalah, keletihan dan apa yang mereka makan dan minum semasa Hari Raya boleh menjejas persembahan mereka pada perlawanan pertama ini."

Singapura bakal berdepan dengan Filipina dalam perlawanan separuh akhir lusa.

"Kami telah lihat bagaimana Filipina beraksi sebelum ini, mereka ada beberapa pemain yang hebat," katanya.

Tidak gentar akan saingan yang bakal dilontarkan Filipina, Fandi sebaliknya meletakkan kepercayaan tinggi atas keupayaan para pemainnya, yang majoriti telah pun beraksi dalam kempen kelayakan Kejohanan Bawah 23 tahun Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) pada Mac lalu.

Singapura mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah, Mongolia, dan keputusan seri dengan Hongkong dan Korea Utara.

Pemain Home United, Hami Syahin, antara yang terpilih untuk menyarungkan jersi negara dalam edisi kelapan Piala Merlion.

"Kami mahu kekalkan momentum daripada keputusan baik kelayakan AFC U23 di Mongolia. Kali ini, kami dapat bermain di Singapura lantas mahu berikan persembahan yang sama di depan penyokong," kata pemain tengah berusia 21 tahun itu.

Ditanya jika sambutan hari pertama Aidilfitri tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, pemain pertahanan Young Lions, Zulqarnaen Suzliman, menekankan tentang menetapkan disiplin kepada pemakanannya.

Rakan sekelabnya yang juga mempertahankan benteng pasukan, Syahrul Sazali menambah:

"Kami harus bertanggungjawab atas tindakan masing-masing, jaga apa yang kami makan dan minum, untuk pastikan kami dapat berikan yang terbaik dalam perlawanan Jumaat ini."

Keempat wakil Singapura itu termasuk penjaga gol Young Lions, Kenji Rusydi, meletakkan harapan untuk menjulang piala kejohanan pada hujung minggu ini.

"Kami ada kelebihan beraksi di padang sendiri, pasti kami mahu menang di depan penyokong kami."

Bagi Fandi pula, beliau tidak rasa adanya tekanan tambahan bagi negara tuan rumah untuk memenangi kejohanan tersebut.

"Pemain patut nikmati saat bermain di Singapura sebab jarang ada peluang sebegini.

"Ini adalah pertandingan pertama bagi skuad U22 dan saya tahu mereka tidak sabar untuk tunjukkan kebolehan masing-masing, terutama sekali bermain di depan penyokong sendiri.

"Saya harap penyokong tempatan dapat datang dan beri sorakan untuk pasukan negara dan sekaligus sama-sama beraya bersama kami di Stadium Jalan Besar," tambahnya.


PERLAWANAN PIALA MERLION 2019

7 Jun (Jumaat)

PUSINGAN SEPARUH AKHIR

- 4.30 petang: Thailand U22 lwn Indonesia U22

- 7.45 malam: Singapura U22 lwn Filipina U22

9 Jun (Ahad)

- 3 petang:

PERLAWANAN TEMPAT KETIGA

- 7 malam: PERLAWANAN AKHIR

Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar.

Tiket boleh didapati di http://www.fas.org.sg/tickets/

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map