Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA HANOI

Semangat Raya dorong tekad raih emas pertama

Skuad Singa lelaki dan wanita terpaksa terlepas nikmati suasana Hari Raya demi misi untuk memenangi pingat di Sukan SEA, Hanoi, Vietnam. BERITA MINGGU (BM) bertemu dengan mereka semasa persiapan untuk menjadikan impian Singapura di temasya sukan itu satu kenyataan.
May 01, 2022 | 05:30 AM



SEDANG ramai warga Melayu/Islam menikmati suasana Hari Raya di sini, pasukan bola sepak negara terpaksa melepaskan keseronokan perayaan itu demi mempersiapkan diri dalam misi mereka untuk mendapatkan pingat emas pertama di temasya Sukan SEA di Hanoi nanti.



Pasukan Singa akan berangkat pada 4 Mei, sehari selepas Hari Raya untuk perlawanan pertama mereka menentang Laos pada 7 Mei.



Bagi jurulatih Nazri Nasir, persiapan bagi perlawanan pertama itu sepanjang Ramadan telah memberi cabaran yang 'unik' bagi skuad beliau.



"Secara idealnya, kita inginkan latihan di kem luar negara bersama tetapi skuad ini agak 'unik' kerana kita mempunyai ramai pemain yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



"Jadi ia agak sukar bagi mereka mendapatkan cuti berbuat demikian.



"Kami juga masih ada perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) yang tidak dapat ditangguhkan. Jadi ia memberi cabaran buat saya," kata Nazri yang telah memulakan kem latihan di sini sejak 25 April lalu.



Selain daripada itu, beliau juga sukar untuk memilih tiga pemain lebih umur untuk skuad beliau.



"Pemain yang kami bawa nanti akan memainkan peranan penting di Sukan itu. Sesiapa sahaja yang saya pilih, mereka perlu 100 peratus cergas dan bersedia tanpa sebarang kecederaan.



"Kami ada perancangan untuk memilih Zulqarnaen Suzliman (Young Lions) dan Syawal Anuar (Hougang United), tetapi mereka cedera. Jadi ada beberapa nama pe main lebih umur yang akan mem- buat penampilan seperti Syahrul Sazali (Young Lions), Zulfahmi Ariffin (Hougang United) dan Zaiful Nizam (Geylang International)," ujar beliau.



Selain daripada itu, Nazri juga terkilan tidak dapat memanggil pemain muda Ilhan Fandi (Albirex Niigata) dan Farhan Zulkifli (Hougang United) dalam temasya Sukan itu atas sebab kecederaan di bahagian buku lali dan kuadrisep masing-masing.



Nazri berkata: "Agak malang Ilhan dan Farhan tidak dapat menyertai Sukan SEA tahun ini, tetapi ia akan menjadi peluang besar untuk pemain lain untuk meningkatkan dan membuktikan kepada saya mereka layak mendapat tempat dalam skuad terakhir".



Nazri telah menggunakan kem latihan di sini untuk mempraktikkan corak permainan supaya pemainnya dapat melaksanakan falsafahnya di padang, sambil menambah bahawa pemain lebih umur yang dipilihnya akan sesuaikan diri dalam sistem mereka.



Antara mereka yang berkobar-kobar untuk membuat penampilan pertamanya di dalam temasya sukan itu adalah penyerang muda Young Lions Khairin Nadim, 18 tahun.



Khairin berkata:



"Saya jangkan setiap perlawanan akan menjadi sukar. Saya perlu tingkatkan prestasi saya jika dipanggil nanti. Tetapi, dengan sokongan rakan sepasukan, saya boleh atasi rasa gentar dalam penampilan pertama di Sukan itu".



Kempen Kumpulan B Singapura bermula pada 7 Mei nanti menentang Laos sebelum menentang Thailand (9 Mei), Kemboja (11 Mei) dan Malaysia (14 Mei), sedang skuad Singa menyasarkan untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2013.



Bagi pemain pertahanan Young Lions Ryhan Stewart, beliau tidak akan memandang rendah kepada pihak lawan dalam kumpulan itu.



"Setiap pasukan sangat baik. Kita tidak boleh lihat pada mereka dan berkata kita mampu menewaskan mereka. Sebaliknya, kita ikut pelan perlawanan kami dan berikan 100 peratus dalam perlawanan untuk cuba menang.



"Tiada perlawanan mudah buat kami. Kami perlu usaha untuk mendapatkan tiga mata pada setipa perlawanan kami," katanya yang akan membuat penampilan keduanya di temasya sukan itu.



Bagi penjaga gol Young Lions Ridhwan Fikri pula berharap pengorbanan pasukannya itu akan berakhir dengan hadiah yang besar untuk negara.



"Kami tidak akan dapat bersama keluarga pada Hari Raya ini dan memenangi sebutir pingat adalah yang terbaik untuk membuktikan bahawa pengorbanan kami itu berbaloi," kata pemain berusia 22 tahun itu yang bakal membuat penampilan pertamanya di Sukan itu nanti.




CABARAN NAZRI 



"Secara idealnya, kita inginkan latihan di kem luar negara bersama tetapi skuad ini agak 'unik' kerana kita mempunyai ramai pemain yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Jadi ia agak sukar bagi mereka mendapatkan cuti berbuat demikian.

Kami juga masih ada perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) yang tidak dapat ditangguhkan. Jadi ia memberi cabaran buat saya.

- Nazri Nasir, jurulatih Singa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >