ATLETIK

Calvin gembira dengan pencapaian

PELARI pecut negara, Calvin Kang, menduduki tempat ketiga pada final 100 meter lelaki di Kejohanan Trek dan Balapan Terbuka Singapura di Stadium Negara semalam dan segera menggesa pihak berkuasa agar memeriksa sistem elektronik alat permulaan yang sering mencatatkan 'false start'.

Calvin, 25 tahun, mencatatkan masa 10.56 saat, di belakang pemenang Iswandi dari Indonesia, yang mencatatkan masa 10.42 saat.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan