Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

Cameroon buru trofi kali keenam dengan kemenangan

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



YAOUNDE (Cameroon): Cameroon bangkit daripada ketinggalan gol untuk menewaskan Burkina Faso 2-1 dalam perlawanan pembukaan yang dramatik di Piala Negara-Negara Afrika (Afcon).



Voli akrobatik dari Gustavo Sangare berjaya meletakkan Burkina Faso pada minit ke-24.



Tetapi dua sepakan penalti dari Vincent Aboubakar mengubah haluan permainan bagi pasukan tuan rumah itu sebelum akhir permainan babak pertama.



Penjaga gawang Andre Onana beraksi cemerlang, menyelamatkan gawangnya dari dua gol pasti bagi membantu Cameroon pimpinan Toni Conceicao membuka kempen Kumpulan A dengan kemenangan.



Afcon telah ditangguhkan setahun akibat wabak Covid-19 tetapi selepas upacara pembukaan yang penuh warna-warni, perlawanan pertama memberikan saingan yang menarik.



Pemain pertahanan Burkina Faso, Steeve Yago, bernasib baik hanya dilayang kad kuning seawal minit pertama selepas melakukan kekasaran berbahaya ke atas Collins Fai. Ia juga merupakan antara beberapa kekasaran yang dilakukan pemain Burkina Faso sepanjang perlawanan.



Selepas Burkina Faso membuka tirai jaringan, Cameroon tidak goyah, kembali menguasai permainan untuk menyamakan kedudukan lima minit sebelum wisel babak pertama apabila Bertrand Traore menjatuhkan Andre-Frank Zambo Anguissa di dalam kotak penalti.



Penalti diberikan selepas tinjauan video pembantu pengadil (VAR) dengan percubaan Aboubakar berjaya memperdayakan penjaga gol Herve Koffi ke arah yang salah untuk menyamakan kedudukan.



Cameroon mendapatkan penalti kedua mereka apabila Issoufou Dayo menjatuhkan Nouhou Tolo di dalam kotak penalti sejurus selepas itu.



Aboubakar, yang menjaringkan gol kemenangan ketika kali terakhir Cameroon menjulang trofi kejuaraan Afcon pada 2017, tidak menghampakan buat kali kedua apabila percubaan penalti keduanya menemui sasaran.



Var kemudian menafikan Aboubakar jaringan hatrik manakala rembatan Zambo Anguissa tersasar sedikit apabila Cameroon meningkatkan serangan di penghujung pertarungan.



Cameroon, yang berharap menjulang trofi itu untuk kali keenam, akan beraksi Khamis nanti menentang Habsyah.



Habsyah tewas 0-1 dalam perlawanan pembukaannya menentang Cape Verde, yang tidak mempunyai pengurus mereka Bubista serta sembilan pemain gara-gara diuji positif Covid-19. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >