LONDON: Pemain yang kini mendapat tumpuan, pemain terbaik pertarungan dan mungkin juga sepanjang eranya, Dan Carter, akhirnya membuktikan bakatnya yang luar biasa di final Piala Dunia Ragbi ini.
Beliau membuktikan kehebatannya di pentas terbesar sukan itu semasa membantu New Zealand menjulang trofi kejuaraan Webb Ellis dengan kemenangan 34-17 ke atas Australia di Twickenham, England, dinihari semalam.