Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1) GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

CEO F1: S'pura naikkan taraf hos lain

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN Formula Satu meluaskan perlumbaannya secara agresif di Timur Tengah dan Amerika Utara sejak beberapa tahun kebelakangan, ketua pegawai eksekutifnya Stefano Domenicali menekankan litar perlumbaan kereta berbilion dolar itu tidak meninggalkan Asia Timur dan Asia Tenggara.



Ini walaupun hanya tiga negara Asia yang menjadi hos perlumbaan F1 pada musim 2013 - Singapura, China dan Jepun - masih mengadakan perlumbaan itu.



Malaysia, Korea Selatan dan India telah digugurkan daripada jadual perlumbaan.



Penyertaan Las Vegas pada 2023 bermakna Amerika Syarikat akan menjadikan tuan rumah tiga perlumbaan F1 tahun depan. Timur Tengah akan menjadi hos empat perlumbaan.



Namun dalam satu wawancara bersama The Straits Times, Domenicali, 57 tahun, berkata Asia masih bahagian sangat penting dalam perkembangan strategik F1.



Memberi contoh Vietnam - yang pada awalnya dijangka menjadi hos perlumbaan F1 pada 2020 tetapi rancangan itu terjejas akibat Covid-19 dan isu politik - Domenicali berkata negara itu masih berpeluang menjadi tuan rumah pada masa hadapan.



Memuji cara Singapura menganjurkan F1, Domenicali berkata perlumbaan malam Marina Bay terus menjadi kayu ukur pengalaman perlumbaan dan hiburan terbaik bagi penganjur perlumbaan di negara lain.



"Disebabkan Singapura, taraf acara yang ditawarkan oleh penganjur lain telah dinaikkan," katanya.



"Ini kerana semua orang dalam F1 sangat kompetitif, bukan di trek sahaja malah siapa yang menganjurkan grand prix terbaik...



"Saya pasti kita akan melihat sesuatu unik lagi tahun ini di sini dan apabila perlumbaan lain melihatnya, mereka akan mahu memastikan mereka menawarkan sesuatu yang lebih baik."



Permintaan untuk F1 juga berada pada tahap tertinggi sepanjang masa. Ia akan mengadakan rekod 24 perlumbaan, ditambah enam perlumbaan pecut pada 2023, yang Domenicali percaya adalah had program untuk kejohanan dunia.



Ada desas-desus bahawa perlumbaan F1 juga akan dibawa ke Afrika pada masa depan. "Ia adalah masalah baik buat kami," kata beliau, lalu tergelak.



Sikap optimistik itu disokong statistik. Pada 2021, F1 menarik 1.55 bilion penonton di televisyen, meningkat 4 peratus daripada 2020. Ia juga mendapat sambutan meningkat di media sosial, dengan video yang diterbtikan di wadah itu ditonton tujuh bilion kali, bertambah 50 peratus.



Perkembangan ini menggalakkan kerana bilangan penonton di litar berkurangan kepada sekitar 2.69 juta tahun lalu, berbanding 4.16 juta sebelum pandemik. Domenicali berkata statistik sedemikian mendorong pihaknya mencari cara baru terus mendekati peminat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >