Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Chelsea 'amat bernaib baik', City digugat

Kededua pasukan akhirnya kekalkan kedudukan teratas sedang Liverpool menang mudah 4-1 ke atas Everton
Dec 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea digegarkan oleh Watford dan Manchester City memerlukan gol cantik oleh Bernardo Silva apabila berdepan Aston Villa, tetapi kededua pasukan teratas Liga Perdana England (EPL) itu mengharungi perlawanan pertengahan minggu tanpa mencicirkan mata.



Liverpool pula, yang menduduki tangga ketiga, juga mengekalkan tempatnya itu selepas menang mudah 4-1 atas Everton di Goodison Park.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan menentang Watford di tempat lawan, pengurus Chelsea Thomas Tuchel berkata pasukannya "amat bernasib baik" kerana dapat kekal di puncak EPL.



Chelsea kurang menyengat dan tidak merintis banyak peluang gol, tetapi berjaya menjaringkan dua menerusi Mason Mount dan Hakim Ziyech pada minit ke-72.



Sebelum Zieyeh menjaringkan gol itu, Watford bangkit dan menguasai permainan selepas ia menyamakan kedudukan menerusi Emmanuel Dennis sejurus sebelum waktu rehat.



Mount, penyerang muda England, membuka tirai jaringan bagi Chelsea pada minit ke-29.



"Kami memasuki padang tanpa mentaliti betul dan kami tidak bersedia apabila wisel pertama ditiup pengadil," kata Tuchel.



"Kami yang harus dipersalahkan, kami tidak berjuang dengan sikap betul dan kami amat bernasib baik dapat memenangi perlawanan itu."



Kemenangan Chelsea, yang kelima berturut-turut di tempat lawan, mengekalkan tempatnya di puncak liga. Tiga mata yang diraih itu penting kerana pesaing terdekatnya, City dan Liverpool, juga menang. Jika tercicir mata, Chelsea boleh tersungkur ke tangga ketiga.



City, yang menewaskan Villa 2-1, menguasai sebahagian besar permainan tetapi gagal merintis lebih banyak peluang gol.



Namun ia berjaya mengutip semua tiga mata selepas menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama, termasuk gol cantik hasil percubaan Silva dari luar petak penalti.



Kemenangan keempat berturut-turut itu mengekalkan tempat City di tangga kedua liga, dan pengurusnya Pep Guardiola berkata City bersedia bersaing sengit bagi kejuaraan liga.



"Kami menunjukkan kami benar-benar bersedia bersaing bagi kejuaraan liga dalam perlawanan ini. Namun, hanya tiga mata menjadi buruan kami daripada perlawanan ini dan kini kami membuat persediaan bagi perlawanan selanjutnya," ujar Guardiola.



Kekalahan Villa itu adalah yang pertama di bawah kepimpinan pengurus baru Steven Gerrard.



Dalam pada itu, Liverpool tidak bermasalah menjaringkan gol dan menang mudah semasa bertandang ke Goodison Park bagi perlawanan derby dengan musuh lama Everton.



Kapten Jordan Henderson membuka tirai jaringan pada minit ke sembilan, sebelum Mohamed Salah menggandakan jaringan melalui satu percubaan dari sudut sempit yang menjolok mata.



Namun, Demarai Gray berjaya menjaringkan gol pada hujung babak pertama untuk merapat jurang dan menyemarak semangat penyokong Everton.



Namun, mereka bak dibisukan pada minit ke-64 apabila Salah mencuri bola dari Seamus Coleman di bahagian padang sendiri dan berlari pecut ke petak penalti Everton sebelum menendang bola kemas ke penjuru gawang untuk menjaringkan gol ketiga Liverpool.



Sekitar 11 minit sebelum wisel penamat, Diogo Jota pula menjaringkan gol, memberi kemenangan 4-1 kepada Liverpool.



Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata kemenangan itu menunjukkan kematangan pemainnya.



Sebaliknya, kekalahan itu menambah tekanan ke atas pengurus Everton, Rafael Benitez, yang terpaksa menyemarak semangat pemain dan penyokong sedang pasukan itu terperuk di tangga ke-14 liga. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >