Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea dapatkan Kepa pada harga $126 juta - termahal bagi penjaga gol

Aug 09, 2018 | 04:11 PM



LONDON (AFP) -  Kepa Arrizabalaga dari Sepanyol menjadi penjaga gol paling mahal dalam sejarah pada Rabu (8 Ogos) selepas Chelsea mengesahkan perpindahan €80 juta ($126 juta) dari Athletic Bilbao.



Kepa tiba di Stamford Bridge tidak lama selepas Chelsea bersetuju menjual penjaga gawang antarabangsa Belgium, Thibaut Courtois, kepada Real Madrid dengan bayaran €35 juta.



Pemain berusia 23 tahun itu menandatangani kontrak selama tujuh tahun dengan Chelsea.



"Ini keputusan amat penting bagi saya, untuk kerjaya saya, dan juga untuk kehidupan peribadi saya," Kepa memberitahu laman web Chelsea.



"Banyak perkara membuat saya tertarik ke kelab ini -- gelaran yang dimenangi kelab, para pemain lain, bandar, Liga Perdana Inggeris... saya amat gembira Chelsea mempercayai saya dan mengambil saya. "



Chelsea terpaksa mencari pengganti Courtois menjelang tarikh akhir perpindahan Khamis bagi kelab Liga Perdana selepas beliau tidak kembali berlatih selepas Piala Dunia.



Kontrak Courtois hanya tinggal satu tahun dan beliau telah melahirkan keinginannya  kembali ke Madrid, dengan dipinjamkan tiga musim kepada Atletico supaya dapat berada lebih dekat  dekat dengan dua anaknya.



Chelsea dikritik kerana kurang perancangan bagi musim baru dengan pengunduran Antonio Conte sebagai pengurus. Beliau diganti Maurizio Sarri hanya sebulan sebelum bermula kempen baru.



Hanya tujuh bulan lalu, klausa pembelian Kepa ialah €20 juta dan dia yang kelihatan bersedia menyertai Real Madrid pada Januari.



Namun jurulatih Real Zinedine Zidane memutuskan tidak membuat perubahan pertengahan musim. Kepa menandatangani perjanjian tujuh tahun baru dengan pasukan Basque yang secara dramatik meningkatkan klausa pelepasannya dan menaikkan bayaran ke atas Chelsea.



"Kepa memiliki bakat yang kami kagumi sekian lama dan teruja dengan ketibaannya," kata pengarah Chelsea Marina Granovskaia.



"Beliau sudah menunjukkan kualiti hebat dan konsisten dan akan menjadi sebahagian besar kejayaan Chelsea dalam tahun-tahun akan datang.



"Kontrak jangka panjangnya mencerminkan kepercayaan kami terhadapnya dan kami memandang musim-musim akan datang dengan penuh rasa optimis."



Sebagai sebahagian daripada perjanjian perpindahan Courtois ke Madrid, pemain tengah Croatia, Matteo Kovacic akan menyertai Chelsea bagi pinjaman jangka panjang dari Real.



Hanya beberapa minggu lalu Liverpool memecahkan yuran perpindahan rekod bagi penjaga gol dalam perjanjian bernilai sehingga €72.5 juta bagi pemain antarabangsa Brazil, Alisson Becker.



Kini Kepa, 23 tahun, mewarisi gelaran penjaga gol paling mahal di dunia.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >