LONDON: Chelsea memperkukuh kedudukan di persada Liga Perdana kelmarin selepas menundukkan Liverpool 2-1, sementara Manchester City tercicir mata selepas disekat 2-2 kelab kedua dari bawah Queens Park Rangers (QPR).
Namun, Southampton meneruskan prestasi di luar jangkaan bagi mengekor rapat Chelsea di tangga kedua dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Leicester dengan City masih di tempat ketiga meskipun ketinggalan lapan mata di belakang.