Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea gagal atasi Man City

Nov 24, 2019 | 01:07 PM



MANCHESTER: Skuad muda Chelsea menunjukkan peningkatan ketara di bawah kendalian Frank Lampard musim ini tetapi gagal mengutip mata ketika bertemu Manchester City, walaupun terlebih dulu membuka jaringan serta menguasai permainan.



Chelsea mendahului permainan menerusi N’Golo Kante pada minit ke-21 selepas menguasai perlawanan dari awal, dengan Jorginho dan Mateo Kovacic menjadi penggerak di bahagian tengah.



Pasukan pelawat terlepas beberapa peluang untuk menggandakan jaringan dan ia membawa padah apabila City menyamakan jaringan menerusi Kevin De Bruyne dan seterusnya memenangi perlawanan dengan gol Riyad Mahrez.



City menamatkan perlawanan dengan penguasaan bola lebih rendah berbanding Chelsea (46.7 peratus) – peratusan paling rendah buat Pep Guardiola sepanjang dia mengendali 381 perlawanan di liga-liga utama.



Ini bukan kali pertama Chelsea tewas musim ini pada perlawanan yang sepatutnya mereka menang atau sekurang-kurangnya mengutip satu mata.



Kekalahan 4-0 di tangan Manchester United pada hari pertama musim ini juga menunjukkan kekurangan Chelsea, tetapi mereka melakukan lebih percubaan berbanding tuan rumah dan menguasai permainan.-REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >