Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH : Tewas tapi mara ke separuh akhir

Chelsea jaya bertahan dari serangan Porto

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



DALAM satu lagi perlawanan suku akhir kedua, Chelsea bertahan meskipun melepaskan gol akrobatik pada saat terakhir yang dijaringkan oleh Porto melalui Mehdi Taremi untuk menempah tempat di separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tujuh tahun.



Pasukan yang dibimbing Thomas Tuchel itu berbekal kemenangan 2-0 dari suku akhir pertama dan bertahan sepanjang perlawanan, dengan Tuchel mengarahkan pemainnya untuk melakukan serangan balas.



Christian Pulisic dan Mason Mount mempunyai beberapa peluang gol selepas waktu rehat tetapi ia disesiakan.



Porto pula hampir menjaringkan gol, selepas Edouard Mendy cuai semasa menendang bola, tetapi Jesus Corona tidak berjaya menyempurnakan peluang itu.



Akhirnya juara Portugal itu tidak berdaya memecah benteng Chelsea itu dan terpaksa menanti sehingga masa kecederaan untuk menjaringkan satu gol sagu hati.



Chelsea boleh bertemu Liverpool atau Real Madrid di suku akhir, dengan kededua kelab itu berentap di Anfield pada malam tadi.



Real mempunyai kelebihan dalam perlawanan itu, selepas ia memenangi suku akhir pertama 3-1.



Mengulas mengenai kemenangan pasukannya itu, pengurus Chelsea Thomas Tuchel berkata melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara adalah pencapaian yang hebat.



"Kami tidak berjaya mendapatkan gol yang boleh menjamin kemenangan, tetapi kami berjaya bertahan," ujar Tuchel, yang sebelum ke Chelsea memimpin PSG.



"Kami akan menjadi pasukan yang lebih kuat di separuh akhir nanti." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >