Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK – PEMINDAHAN PEMAIN

Chelsea lahir minat 'pancing' Sterling dari Man City

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea telah menghubungi seterunya dalam Liga Perdana England (EPL), Manchester City, mengenai kemungkinan mendapatkan tenaga bintang penyerang England, Raheem Sterling.



Sterling, yang menyertai City dari Liverpool dalam perjanjian £49 juta ($83.30 juta) pada 2015 dan telah menjaringkan 131 gol dalam 339 perlawanan, adalah sasaran utama pemilik baru Chelsea, Todd Boehly.



Difahamkan Chelsea masih belum mengemukakan bidaan rasmi untuk pemain berusia 27 tahun itu, tetapi akan membuat bidaan itu tidak lama lagi.



Sterling mempunyai setahun lagi pada kontraknya dan difahamkan sedang menimbangkan masa depannya.



Pemain itu, yang telah membuat sebanyak 77 penampilan untuk England, tidak pernah berahsia mengenai keinginan untuk bermain secara kerap serta menjadi pemain utama bagi pasukan yang mampu bersaing dalam semua pertandingan.



Sterling menjadi sasaran pertama The Blues sejak mereka diambil alih oleh sebuah konsortium Amerika Syarikat yang diketuai oleh Boehly pada Mei lalu.



Chelsea ingin meningkatkan barisan serangan mereka selepas membenarkan penyerang Belgium, Romelu Lukaku, dipinjamkan semula bagi menyertai Inter Milan bagi musim baru ini nanti.



Sejak Pep Guardiola menjadi pengurus pada 2016, hanya Sergio Aguero (124 gol) telah menjaringkan lebih banyak gol untuk City daripada Sterling (120 gol).



Sterling menjaringkan 13 gol dalam 30 penampilan Liga Perdana musim lalu yang menyaksikan Sterling memenangi kejuaraan Liga Perdana keempatnya bersama City.



Beliau memenangi sembilan piala secara keseluruhan dalam tempoh tujuh musim bersama City.



Namun, Sterling berada di bangku simpanan dalam kedua-dua pusingan bagi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid dan perlawanan terakhir musim lalu menentang Aston Villa.



Namun, beliau membantu mencetuskan kemenangan dalam perlawanan bersama Villa itu apabila merintis gol pertama Ilkay Gundogan sedang City bangkit semula daripada ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2 dan merangkul piala dari Liverpool dengan satu mata.



Di kalangan pemain penyerang City, hanya Bernardo Silva yang membuat lebih penampilan dalam kesebelasan utama Liga Perdana (33 penampilan) berbanding Sterling (23 penampilan).



Tetapi ketibaan Erling Haaland dari Borussia Dortmund pada musim panas ini dijangka mengubah dinamik pasukan itu dengan penyerang sensasi Norway itu dijangka pilihan utama bagi mengetuai barisan serangan City.



Penyerang muda Argentina, Julian Alvarez, juga akan tiba di Etihad musim panas ini dari River Plate selepas perjanjian telah dibuat pada Januari lalu.



Dilaporkan Sterling telah menarik minat beberapa kelab terbesar Eropah termasuk Barcelona dan Real Madrid.



Bagaimanapun Chelsea adalah kelab pertama yang dijangka akan mengemukakan tawaran kepada pemain berkenaan.



Chelsea dikatakan akan membuat bidaan pertama dengan menawarkan antara £50 juta hingga £60 juta untuk mendapatkan bintang England itu.



Boehly sebelum ini dilaporkan telah memberi jaminan kepada pengurus pasukan, Thomas Tuchel bahawa kelab itu akan mendapatkan enam pemain baru dalam tempoh pemindahan pemain kali ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >