Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

Chelsea mahu balas dendam terhadap Liverpool

Setelah mara ke final lepas tundukkan Palace 2-0, anak buah Tuchel tidak sabar mahu tebus kalah Piala Carabao
Apr 19, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Ruben Loftus-Cheek berkata Chelsea ingin membalas dendam dan menebus kekalahannya kepada Liverpool dua bulan lalu, apabila dua pasukan itu bertemu dalam final Piala FA bulan depan.



Chelsea menewaskan Crystal Palace 2-0 pada separuh akhir kelmarin, sementara Liverpool menewaskan Manchester City sehari sebelumnya.



Final Piala FA antara dua kelab itu mengulangi final Piala Carabao Februari lalu, apabila Liverpool menewaskan Chelsea melalui tendangan penalti selepas perlawanan berakhir 0-0.



"Ini peluang untuk kami membalas dendam dan itulah yang akan kami lakukan," kata Loftus-Cheek.



Pemain midfield England itu menyertai perlawanan dari bangku simpanan pada minit ke-65 untuk menjaringkan gol pembukaan, sebelum Mason Mount menggandakan jaringan selang 11 minit kemudian, sekali gus menjamin kemenangan Chelsea.



"Pada saya, final pada Februari lalu begitu hebat... mana-mana pasukan boleh menenanginya. Jadi, saya berharap kami dapat membalas dendam nanti," kata Loftus-Cheek.



Gol yang dijaringkan oleh Loftus-Cheek pada separuh akhir di Wembley kelmarin adalah yang pertama baginya musim ini, dan yang pertama bagi Chelsea sejak beliau menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Europa dengan Eintracht Frankfurt pada May 2019. Perlawanan itu berkesudahan 1-1.



Bercakap kepada wartawan pada akhir perlawanan, pengurus Chelsea Thomas Tuchel berkata beliau berharap gol terkini itu boleh merangsang keyakinan diri Loftus-Cheek dan membuka laluan bagi pemain berusia 26 tahun itu beraksi lebih tetap dalam pasukannya.



"Saya berharap ia saat besar bagi Ruben," kata Tuchel.



"Cara beliau meraikan gol itu begitu menyenangkan hati, kerana beliau biasanya seorang yang pendiam dan tidak bersikap sedemikian. Langkah selanjutnya ialah beliau terus membina keyakinan diri dan mempertingkat persembahannya."



Tempoh permainan Loftus-Cheek di Stamford Bridge terhad setakat ini kerana beliau diganggu kecederaan.



Beliau telah dipinjamkan kepada Palace dan Fulham untuk meraih semula form dan kecergasannya, tetapi telah bangkit untuk menjadi sebahagian penting pasukan Chelsea pada musim ini.



Loftus-Cheek, yang telah mewakili England sebanyak 10 kali, berkata beliau kini bertekad memelihara tempat dalam pasukan Chelsea.



"Memang perjalanan saya begitu sukar kerana saya ditimpa kecederaan dan terpaksa menyertai pasukan lain untuk mencapai tahap kecergasan yang hilang," kata beliau.



"Tapi saya tidak pernah hilang arah atau berputus asa kerana saya sentiasa yakin dengan keupayaan diri saya."



Chelsea melangkah ke final Piala FA kelimanya dalam enam musim.



Mereka kali terakhir memenangi pertandingan ini pada 2018, tetapi tewas pada Arsenal pada 2020 dan pada Leicester City pada tahun selanjutnya.



Mount, yang mewakili Chelsea dalam dua final itu, dan juga terlibat dalam final Piala Carabao dengan Liverpool, berkata beliau tidak sabar untuk memenangi sesuatu di Wembley.



Beliau juga mewakili England dalam final Kejohanan Eropah (Euro) 2020, apabila mereka tewas kepada Italy.



"Saya telah melalui terlalu banyak final di Wembley. Kini tiba masanya kami memenangi sesuatu," kata Mount, 23 tahun. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >