Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Chelsea, Man City dah pancit?

Pesaing liga kalah 1-2 di tangan Wolves, kelab Pep Guardiola seri 1-1 dengan West Brom
Dec 17, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Pengurus Chelsea Frank Lampard berkata pemainnya mungkin mengalami keletihan setelah Wolves bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menewaskan Blues dengan gol kemenangan pada waktu tambahan semalam (waktu Singapura).



Jaringan Pedro Neto pada minit ke-95 memberikan pasukan tuan rumah kemenangan dramatik di Molineux dan menghalang pasukan Lampard daripada mendahului tangga Liga Perdana.



Daniel Podence menyamakan kedudukan dalam babak kedua selepas Olivier Giroud meletakkan Blues di depan.



Penyerang Portugal itu mengatasi benteng pertahanan Chelsea sebelum rembatannya yang terkena Reece James terpesong menyebabkan penjaga gol Eduardo Mendy ke salah arah.



Ia muncul selepas 'volley' kencang Giroud, hasil hantaran Ben Chilwell, berjaya menembusi gawang Rui Patricio untuk membuka jaringan bagi pasukan lawan.



Neto dinafikan penalti pada saat akhir perlawanan setelah pengadil Stuart Attwell melihat semula insiden menerusi video penolong pengadil (VAR) dan mengatakan penyerang Wolves itu tidak dikasari James.



Namun, pemain berusia 20 tahun itu menembusi gawang Chelsea pada minit ke-95 dan membuat rembatan rendah ke sudut hujung gawang Mendy untuk mencatatkan hanya kemenangan kedua Wolves dalam enam perlawanan.



Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut Chelsea selepas kalah di Everton Sabtu lalu - satu lagi perlawanan yang mungkin meletakkan mereka di puncak liga.



"Mungkin sebab keletihan," kata Lampard, yang mana pasukannya sudah beraksi dalam lima perlawanan pada Disember ini.



"Saya tidak selesa berkata demikian selepas kekalahan sebab ia rasa seperti satu alasan tetapi walaupun pada 60 minit pertama ketika kami menjadi pasukan yang lebih baik, kami tidak benar-benar menguasai permainan.



"Kami ke Everton, pulang (ke London) dan kemudian ke Wolves tetapi semua pasukan dalam situasi sama.



"Kami mengalami kecederaan di beberapa bahagian yang bermakna saya tidak boleh buat banyak perubahan."



Chelsea kini kekal di tangga kelima dengan 22 mata daripada 13 perlawanan, tiga mata di belakang pendahulu Tottenham Hotspur dan Liverpool yang bertemu di Anfield awal pagi ini.



"Pada 1-0, kami patut menang," kata Lampard yang mengaku pasukannya mungkin mudah berpuas hati berikutan rekod 17 perlawanan tanpa kalah sebelum tewas di Everton minggu lalu.



"Sekiranya anda bermain dengan baik, pegang pada 1-0, jangan benarkan serangan balas," katanya.



"Kami bermain dengan cemerlang, rekod perlawanan tanpa kalah yang lama dan menyebabkan pemain mungkin rasa mereka bermain dengan baik dan pada ketika anda rasa anda bermain dengan mantap, perkara begini boleh berlaku," katanya.



Sementara itu, harapan Manchester City untuk merapatkan jurang dengan pasukan-pasukan teratas liga terbantut setelah mereka disekat 1-1 di padang sendiri oleh pasukan bawah liga West Bromwich Albion semalam.



City mendahului setengah jam selepas perlawanan ketika hantaran Raheem Steerling berjaya 'menemui' Ilkay Gundogan yang menjaringkan gol.



Namun, West Brom menyamakan kedudukan dua minit sebelum waktu rehat apabila rembatan Semi Ajayi terkena pemain pertahanan City Ruben Diaz dan terpesong menyebabkan penjaga gol Ederson ke salah arah.



Selepas 12 perlawanan pasukan City kendalian Pep Guardiola di tempat keenam sementara West Brom berada dua tangga dari bawah dengan tujuh mata. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >