Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, menarik bidaan beli kelab

Mar 17, 2022 | 03:08 PM



LILLE, Perancis: Pengurus Thomas Tuchel ingin Chelsea menjadi pasukan yang dielak semua di undian perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara selepas juara bertahan itu menewaskan Lille 2-1 di Stade Pierre-Mauroy pada Rabu (17 Mac) untuk merakam kemenangan agregat 4-1.



The Blues mempunyai kelebihan 2-0 dalam pusingan pertama sebelum ke Perancis, tetapi harus bangkit dari ketinggalan selepas permulaan lembap dalam perlawanan pada malam Rabu.



Burak Yilmaz berjaya merapatkan jurang agregat ketika menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38, hanya untuk Christian Pulisic meledakkan gol penyamaan pada waktu tambahan separuh pertama.



Jaringan minit ke-71 kapten Chelsea Cesar Azpilicueta kemudian menjamin tempat pasukan di pusingan seterusnya.



Tuchel akan mengetahui saingannya di suku akhir dalam undian perlawanan Jumaat ini. “Saya ingin kami menjadi pasukan yang tiada siapa mahu menentang,” kata Tuchel. “Itulah peranan yang kami lihat dalam diri kami untuk pusingan lapan pasukan terakhir ini.



“Ia adalah satu langkah besar untuk melakukannya berulang kali – dan itulah sebabnya kami berjuang untuk tempat empat teratas dalam liga paling sukar di dunia dan kami bertarung sekarang sekali lagi dalam kelompok lapan pasukan terbaik (di Eropah). Ini menunjukkan yang terbaik dalam diri kami.”



Dalam pada itu, keluarga Ricketts, yang memiliki kelab Liga Major Besbol Chicago Cubs, dan sebuah konsortium menampilkan Lord Coe, kedua-duanya berhasrat membuat bidaan bagi Chelsea sebelum tarikh akhir Jumaat ini.



Ricketts berkata mereka mengetuai bidaan daripada sekumpulan pelabur. Ketua Sukan Olimpik London Coe menyertai bidaan bekas pengerusi Liverpool Sir Martin Broughton.



Menurut laporan BBC Sport, bidaan kumpulan itu juga termasuk usahawan dana lindung nilai Amerika Syarikat Ken Griffin.



Percubaan Roman Abramovich untuk menjual kelab telah dihalang selepas beliau disekat kerajaan UK.



Langkah itu diambil berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dengan Abramovich difahamkan mempunyai ikatan rapat dengan presiden Russia Vladimir Putin.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, Ricketts, yang mempunyai kepentingan majoriti dalam Cubs sejak 2009, berkata mereka akan berkongsi butiran lanjut “dalam masa terdekat”.



“Keluarga Ricketts, pemilik Chicago Cubs, dapat mengesahkan kami akan mengetuai sebuah kumpulan pelaburan yang akan membuat bida rasmi untuk Chelsea Jumaat ini,” kata kenyataan itu.



“Sebagai pengendali lama sebuah pasukan sukan profesional yang ikonik, keluarga Ricketts dan rakan kongsinya faham kepentingan melabur bagi meraih kejayaan di padang, sambil menghormati tradisi kelab, peminat dan masyarakat.”



Bidaan itu disifatkan sebagai “sangat serius” oleh orang dalam, dengan keluarga itu difahamkan telah melakukan usaha wajar apabila mereka sebelum ini membuat pertanyaan untuk membeli kelab itu pada 2018.



Broughton, yang mengumumkan hasratnya untuk membeli Chelsea pada hujung minggu, memberitahu BBC: “Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Lord Coe dalam bidaan kami. Reputasinya menjadi bukti, dan dia akan membawa wawasan yang luar biasa, kepimpinan dan pengetahuan sukan kepada Kelab Bola Sepak Chelsea.”



Lebih 20 pihak berwibawa berminat untuk membeli kelab Liga Perdana itu. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >