Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea menang, kekal jurang tujuh mata di persada EPL

Feb 12, 2015 | 10:07 AM



LONDON: Willian memyumbat gol tunggal dan membantu Chelsea mencuri kemenangan 1-0 ke atas Everton demi mengekalkan kelebihan tujuh mata ke atas Manchester City di persada Liga Perdana England.


City turut mengutip kesemua tiga mata, selepas menundukkan Stoke City awal Khamis.


Anak didik Jose Mourinho terkial-kial mencari gol kemenangan dan terpaksa menanti sehingga minit ke-89 apabila Willian merembat bola dari jarak 20 meter yang menembusi gawang Everton.


"Cantik sekali... kami menang dalam minit terakhir, tetapi ia perkara yang sedih bagi Everton," kata Mourinho.


"Tapi kami layak menang dan amat gembira dengan kemenangan ini," kata Mourinho.


Sementara it, Sergio Aguero menjaringkan dua gol - gol pertama dalam dua bulan - demi membantu City membelasah Stoke 4-1 di tempat lawan. Walau Peter Crouch menyamakan kedudukan menjadi 1-1 di awal perlawanan, James Milner dan Samir Nasri masing-masing menjaringkan satu gol demi menjamin kemenangan bagi City.


Di Old Trafford, dua gol jaringan Chris Smalling dan penalti yang disempurnakan Robin Van Persie di penghujung perlawanan membantu Manchester United menewaskan Burnley 3-1. Kemenangan itu membenarkan United meloncat ke tangga ketiga liga, di atas Arsenal dan Southampton - yang diikat 0-0 di tempat sendiri oleh West Ham United selepas penjaga gawangnya Adrian dilayangkan kad merah. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >