Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Chelsea pecat Tuchel selepas pasukan tewas kepada Dinamo

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Chelsea pecat Tuchel selepas pasukan tewas kepada Dinamo

Sep 08, 2022 | 05:30 AM

LONDON: Chelsea telah memecat pengurus pasukan, Thomas Tuchel, kurang 24 jam selepas kelab Liga Perdana England (EPL) itu tewas kepada Dinamo Zagreb dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dinihari semalam.

Tuchel, 49 tahun, meninggalkan Stamford Bridge selepas 20 bulan memimpin pasukan bergelar The Blues itu.

Sebelum ini, beliau pernah menjadi pengurus di Borussia Dortmund dan Paris St-Germain (PSG).

Buat masa ini, pemilik Chelsea yang berasal dari Amerika Syarikat, Todd Boehly, difahami telah memberikan tanggungjawab memimpin pasukan kepada kumpulan jurulatih yang sebelum ini bertugas di bawah Tuchel.

Dalam kenyataannya, Chelsea berkata pemilik kelab itu percaya ini adalah masa terbaik untuk membawa masuk pengurus dan ketua jurulatih baru ke dalam kelab itu.

"Dalam tempoh 100 hari selepas pemilik Chelsea memperoleh kelab itu, ia terus berusaha gigih untuk membolehkan kelab itu maju. Buat masa ini, pemilik baru ini percaya masanya telah tiba untuk mengorak perubahan dan memulakan peralihan ini," kata kenyataan itu.

"Bagi semua pihak yang berada di Chelsea FC, kelab ini ingin merakamkan penghargaan kami kepada Thomas yang telah memberi sumbangan kepada kelab ini. Thomas masih mempunyai tempat dalam sejarah Chelsea kerana memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Piala Super dan Piala Kelab Sedunia."

Tuchel dilantik sebagai pengurus pada 26 Januari 2021, menggantikan Frank Lampard. Beliau memimpin kelab itu memenangi Liga Juara-Juara empat bulan selepas itu. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3