Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA CARABAO

Chelsea sesiakan banyak peluang sebelum tewaskan Spurs 2-0

Jan 07, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea menewaskan Tottenham Hotspurs 2-0 dalam perlawanan pertama perlawanan separuh akhir Piala Carabao, namun mempunya banyak sekali peluang untuk menambah jaringan dan menang besar untuk menempah tempat ke Wembley.



Kai Havertz meletakkan Chelsea di hadapan apabia beliau menyempurnakan hantaran cantik Marcos Alonso untuk menewaskan pemain pertahanan Spurs, Davinson Sanchez.



Gol kedua Chelsea pula merupakan gol sendiri apabila Japhet Tanganga menanduk bola yang terkena bahu rakan sepasukannya, Ben Davies, yang kemudian melantun masuk ke dalam gawang.



Romelu Lukaku, yang kembali dinamakan dalam skuad setelah digugurkan meyusuli komen beliau dalam satu wawancara media, gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang keemasan.



Spurs, yang merubah formasi untuk perlawanan ini dengan menurunkan empat pemain pertahanan, terpaksa menunggu hingga minit ke-50 untuk merekodkan percubaan pertamanya yang menemui sasaran apabila tendangan percuma Harry Kane diselamatkan Kepa.



Meskipun demikian, peluang jaringan terus jatuh kepada Chelsea dengan Hugo Lloris menyelamatkan percubaan Lukaku, Hakim Ziyech dan Timo Werner.



Spurs perlu meningkatkan persembahan dalam masa seminggu untuk mempunyai sebarang peluang dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir ini.



Liverpool dan Arsenal akan bertemu dalam perlawanan separuh akhir kedua pada 12 dan 20 January setelah perlawanan mereka ditunda ekoran penularan kes Covid-19 dalam skuad Liverpool.



Persembahan malam semalam tidak sejajar dengan kebangkitan Spurs di bawah pengurus baru, Antonio Conte, dengan pengurus asal Italy itu hanya tewas satu kali dalam 11 perlawanan sebelum ini.



Namun, penantian Spurs bagi piala pertama sejak 2008 pasti akan berterusan jika masalah yang mereka hadapi di Stamford Bridge tidak diatasi.



"Kami kecewa dengan perlawanan malam ini. Tidak ada seorang pun yang gembira dalam bilik salinan kami," kata Conte.



"Ia menunjukkan masih ada beberapa masalah dengan Tottenham tapi setiap daripada kami - daripada pemain dan pasukan jurulatih - bertekad untuk bekerja keras dan mengatasi masalahnya," tambah beliau.



Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel pula menekankan perlawanan belum berakhir dan berkata para pemainnya harus kekal fokus sekiranya mereka tidak mahu menyesali peluang-peluang jaringan yang mereka sesiakan.



"Kami bermain dengan baik tapi kami kurang tajam di bahagian serangan. Ia adalah satu-satunya aspek persembahan kami yang mengecewakan, namun ia adalah aspek yang penting. Kami mesti fokus, perlawanan belum berakhir," tegas beliau. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >