Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Chelsea tarik balik permintaan aksi Piala FA tanpa penonton

Mar 17, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea telah menarik balik permintaan mereka untuk mengadakan perlawanan suku akhir Piala FA menentang Middlesbrough tanpa kehadiran penonton menyusuli "perbualan konstruktif", kata seorang jurucakap Persatuan Bola Sepak (FA) England kelmarin.



Awal sebelum itu, kelab Liga Perdana England itu berkata mereka ingin perlawanan Sabtu ini di Riverside dimainkan dalam stadium kosong selepas kerajaan British menyekat mereka daripada penjualan tiket baru, dengan hanya pemegang tiket sedia ada dibenarkan menghadiri perlawanan.



The Blues meminta pihak berkuasa melonggarkan lesen operasi ketat yang dikenakan setelah pemilik mereka dari Russia, Roman Abramovich, disekat minggu lalu sebagai sebahagian tindakan hukuman berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Lesen itu dibentuk untuk menghalang Chelsea dan pemiliknya, Abramovich - yang disifatkan oleh kerajaan Britain sebahagian daripada sekutu dalaman Presiden Russia Vladimir Putin - daripada menjana pendapatan baru.



Kelab itu mengeluarkan kenyataan kelmarin menggesa perlawanan pusingan keenam Piala FA itu dimainkan tanpa kehadiran penonton demi kepentingan keadilan dan "integriti sukan".



Namun, Middlesbrough membalas dengan kenyataan tegas mereka sendiri.



"Kami sedar mengenai permintaan Chelsea untuk mengadakan perlawanan pusingan keenam Piala FA Sabtu ini tanpa kehadiran penonton dan mendapati cadangan mereka itu pelik dan sukar diterima," kata kelab Championship itu dalam kenyataan mereka.



"Memandang alasan untuk sekatan ini, untuk Chelsea berusaha menggunakan 'integriti' sukan atas sebab bagi permainan dimainkan secara tertutup adalah ironi yang melampau," tambahnya.



Amanah Penyokong Chelsea berkata ia telah meminta kelab itu menarik balik permintaan mereka, sementara kerajaan Britain melihat "tiada sebab" mengapa perlawanan itu harus dimainkan tanpa kehadiran peminat. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >