Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea teruskan kebangkitan dengan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal

Sep 19, 2015 | 10:30 PM



LONDON: Ramalan pengurus Chelsea, Jose Mourinho, bahawa pasukannya sudah pun menemui rentak permainan mereka terbukti tepat sekali apabila kelab Stamford Bridge itu menewaskan Arsenal 2-0 dalam satu perlawanan Liga Perdana England (EPL) yang berakhir sebentar tadi (19 September).


Gol-gol Kurt Zouma dan Eden Hazard memberikan Chelsea kemenangan sulung di padang sendiri musim ini dengan Arsenal menamatkan perlawanan dengan hanya sembilan pemain selepas Gabriel dan Santi Cazorla dibuang padang.


Gabriel dilayangkan kad merah pada lewat babak pertama permainan selepas bergelut dengan penyerang Chelsea, Diego Costa, manakala Cazorla dikenakan kad kuning kedua kerana terkaman ke atas Cesc Fabregas.


Kemenangan itu menghidupkan semula saingan juara England itu dalam usaha mempertahankan mahkota liga - hanya beberapa hari selepas kemenangan meyakinkan 4-0 ke atas Maccabi Tel Aviv dalam Liga Juara-Juara.


Ia juga mungkin melenyapkan kritikan ke atas Mourinho selepas permulaan musim yang paling hambar - menang hanya satu daripada lima perlawanan awal - dalam sejarah kelab itu sejak 29 tahun lalu.


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berjaya 'memperdayakan' Mourinho apabila kededua pasukan itu bertemu dalam Perisai Masyarakat - perlawanan pembuka tirai musim - bulan lalu tetapi mendapati seterunya itu sukar dilentur dalam persaingan liga.


Keputusan terbaru itu bermakna Arsenal masih belum dapat menewaskan Chelsea dalam liga sejak Oktober 2011. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >