Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea turut hidupkan peluang selepas atasi Spurs

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Thomas Tuchel berkata pasukannya tidak akan berputus asa dan terus berjuang untuk bersaing dengan Manchester City dan Liverpool di puncak liga selepas Chelsea menghidupkan semula peluang mereka selepas menundukkan Tottenham Hotspur 2-0 kelmarin.



Chelsea, yang menduduki tangga ketiga dalam Liga Perdana England (EPL), kini berada 10 mata di belakang pasukan pendahulu, Manchester City.



Namun kemenangan itu mengakhiri empat perlawanan tanpa menang bagi anak didik Tuchel dalam saingan EPL.



"Kami wajar menang," kata Tuchel di akhir pertarungan dengan Spurs itu.



"Dan kami tidak akan putus asa dan terus percaya pada diri sendiri."



Kemenangan yang diraih kelab yang berpangkalan di London itu mungkin melebihi tiga mata yang dikecapi.



Chelsea mendaki ke puncak liga pada 1 Disember lalu, selepas ia menundukkan Watford tetapi ia hanya berjaya mengutip 11 mata daripada sembilan perlawanan selepas itu - rangkaian keputusan mengecewakan yang mungkin menghancurkan peluang mereka untuk menjadi juara England sekali lagi.



Namun kini, pasukan bergelar The Blues itu berpeluang untuk berehat sehingga 19 Februari.



Chelsea tidak mempunyai sebarang perlawanan dalam liga sehingga tarikh itu disebabkan penglibatan mereka dalam Piala Kelab-Kelab Sedunia sebagai juara Eropah.



Wira Chelsea dalam perlawanan kelmarin ialah Hakim Ziyech, yang memecah kebuntuan dengan rembatan kencang yang melencung masuk ke penjuru gol pada separuh masa kedua.



Menyusuli itu, pemain veteran Thiago Silva menggandakan jaringan bagi Chelsea, dan sekali gus meranapkan harapan Spurs untuk bangkit.



Sementara itu, bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, pengurus Spurs Antonio Conte berkata jurang antara Spurs dengan Chelsea adalah begitu luas.



Namun beliau akur tidak puas hati selepas pengadil tidak mengesahkan gol separuh masa pertama jaringan Harry Kane kerana berpendapat penyerang England itu telah mengasari pemain lawan sebelum menyumbatkan golnya itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >