Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea-United: Dua pasukan dahagakan 3 mata

Feb 28, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Apabila Thomas Tuchel mengambil alih sebagai pengurus Chelsea daripada legenda kelab itu, Frank Lampard, perlantikan beliau tidak disambut baik sebahagian besar penyokong Chelsea.



Mereka mahukan kepimpinan kelab London itu memberikan Lampard lebih banyak masa dari 18 bulan yang diberikan bekas pemain itu sebelum beliau dipecat.



Namun sekarang, lebih kurang sebulan kemudian, Lampard sekadar memori jauh bagi para penyokong tersebut.



Di samping dua keputusan seri, Tuchel mempunyai rekod sempurna memimpin Chelsea, membawa kelab milik hartawan Russia, Roman Abramovich, itu ke tangga keempat dalam liga - naik dari tangga kesembilan semasa pemergian Lampard.



"Saya masih tidak merasakan bahawa Frank melakukan kesilapan besar," kata bekas pengurus Tottenham Hotspurs, Tim Sherwood.



"Chelsea ketika itu sedang melalui fasa yang sukar - seperti sebahagian besar pasukan - namun malangnya fasa tersebut berlaku sedang pasukan di sekelilingnya bermain dengan baik dan mengutip mata penuh," tambahnya lagi.



Bagaimanapun, Sherwood menekankan apa yang Tuchel telah bawa kepada kelab London itu ialah satu semangat baru selain keseimbangan dalam skuad.



"Frank menaruh kepercayaan tinggi kepada pemain mudanya yang telah berkhidmat dengan baik untuk Chelsea sepanjang musim lalu dan awal musim ini. Mungkin melihat kembali, semasa tempoh sukar itu, Frank seharusnya menurunkan lebih ramai pemain senior, berpengalaman beliau untuk memberi stabiliti kepada pasukan.



"Itu yang telah dilakukan Tuchel. Beliau berjaya memperkenalkan semula pemain seperti (Olivier) Giroud, Antonio Rüdiger dan Marcos Alonso untuk memberi kestabilian kepada pasukan selain pemain muda yang memberi tenaga.



"Sejauh ini ia berhasil seperti yang dicerminkan dalam keputusan Chelsea," ujarnya.



Keputusan Chelsea di bawah pimpinan Tuchel - empat kemenangan dan dua seri - adalah permulaan yang menggalakkan meskipun jurulatih asal Jerman itu menekankan perjalanan pasukannya sebagai antara pesaing kejuaraan Liga Perdana masih jauh.



"Chelsea adalah satu projek jangka panjang...tumpuan kami ialah untuk melakukan peningkatan secara berperingkat dan setiap perlawanan adalah penting untuk kami menunjukkan kemajuan," ujar beliau.



Kemajuan berterusan itu ingin Tuchel lihat dalam perlawanan menentang Manchester United di Stamford Bridge lewat malam ini (12.30 tengah malam waktu Singapura).



Bekas pemain United, Andy Cole, berpendapat kededua pasukan tertekan untuk mendapatkan tiga mata.



Tuchel, menurutnya, perlu menunjukkan konsistensi dan satu lagi kemenangan ke atas pasukan besar - United, menyusuli kejayaannya mengalahkan Tottenham Hotspurs awal bulan ini.



United pula, tidak mampu keciciran mata setelah lalai dalam perlawanan menentang Sheffield United, West Brom dan Everton yang melihat mereka keciciran tujuh mata.



Pengurus Unted, Ole Gunnar Solskjær, berkata terpulang kepada anak buahnya dan juga Leicester City untuk merapatkan jurang 10 mata dengan pendahulu liga, Manchester City.



"Perlawanan menentang Chelsea adalah satu lagi perlawanan sukar...malah tidak ada perlawanan dalam Liga Perdana yang mudah. Jadi para pemain harus fokus 100 peratus kepada tugas yang diberikan, menjalankan arahan pasukan jurulatih sebaik mungkin," ujarnya.



Cole menekankan United perlu mengatasi kelemahannya di bahagian pertahanan untuk kembali musim depan dan memberi persaingan yang bermakna.



"Kami mempunyai barisan penggempur yang baik - Edinson Cavani, Marcus Rashford, Anthony Martial bersama-sama dengan Bruno Fernandes yang dilengkapi dengan pemain muda Mason Greenwood, Daniel James dan Amad Diallo kini - yang saya rasa boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kebanyakan pasukan di Eropah.



"Masalahnya ialah barisan pertahanan dan saya tidak bercakap tenang gol-gol menarik yang dijaringkan lawan sehingga anda tidak boleh berbuat apa-apa selain meletakkan tangan ke udara dan mengucapkan tahnian kepada pihak lawan.



"Gol yang kami lepaskan adalah hasil kesilapan asas, kurang komunikasi dan umumnya dapat dielakkan. Jika ini dapat ditangani, United boleh memberi saingan lebih sengit musim depan," ujarnya.



Sementara itu, kededua Sherwood dan Cole akur bahawa perlawanan malam ini begitu sengit - sekurang-kurangnya di atas kertas - sehingga sukar untuk membuat ramalan.



"Bagi saya kededua pasukan berada di peringkat hampir sama...mungkin United lebh di depan kerana barisan penyerangnya yang berkualiti antarabangsa, tapi umumnya saya yakin Chelsea dapat mendapatkan keputusan seri," ujar Cole.



Namun, meskipun bersetuju bahawa ia bakal menjadi perlawanan yang akan diputuskan menerusi satu gol, Cole yakin bahawa United mempunyai kelebihan untuk mendapatkan gol tersebut.



"Saya rasa ini adalah perlawanan paling sukar buat Chelsea setelah Tuchel mengambil alih. Chelsea mempunyai kaedah untuk memberi United saingan sengit malam ini tapi saya berpendapat dengan rekod United di padang lawan, saya rasa Ole akan pulang ke Manchester dengan tiga mata," tambah beliau. - Agensi Berita.




TUCHEL: MENINGKAT TAHAP DEMI TAHAP



"Chelsea adalah satu projek jangka panjang...tumpuan kami ialah untuk melakukan peningkatan secara berperingkat dan setiap perlawanan adalah penting untuk kami menunjukkan kemajuan."



SOLSKJAER: SATU PERLAWANAN SUKAR



"Perlawanan menentang Chelsea adalah satu lagi perlawanan sukar...malah tidak ada perlawanan dalam Liga Perdana yang mudah. Jadi para pemain harus fokus 100 peratus kepada tugas yang diberikan, menjalankan arahan pasukan jurulatih sebaik mungkin."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >