PERJALANAN Muhamad Ridhwan Ahmad (gambar atas) sebagai seorang petinju profesional negara penuh dengan liku-liku.
Selepas mengalami masalah dengan syarikat yang menguruskan kerjayanya sebelum ini, di mana pengurusnya hilang tanpa berita dengan sebahagian besar wang pendapatan daripada pertarungan lalunya, Ridhwan kini mengambil keputusan untuk bergerak sendiri bagi menghidupkan semula kerjayanya.
Tekad untuk membuktikan beliau masih mampu bertarung di tahap yang tinggi, Ridhwan kembali ke gelanggang pada Sabtu lalu dalam acara KBX Boxing Evolution.
Dalam acara itu, beliau berjaya menewaskan petinju kelas bantam nombor dua Indonesia, Noldi Manakane.
Kemenangan itu hanya memberinya lebih semangat untuk kembali bertarung dan kini tidak sabar menantikan pertarungan seterusnya.
LAPORAN SELANJUTNYA: Ridhwan bangkit tunjuk kehebatan, berkobar untuk tarungan seterusnya