Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Cinta ragbi tiga beradik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Cinta ragbi tiga beradik

Apr 13, 2019 | 05:30 AM

SUKAN ragbi menyatukan tiga beradik ini.

Siti Rasyidah Mohd Shariff, 25 tahun, Ahmad Rasyid Mohd Shariff, 22 tahun, dan Ahmad Rasyidee Mohd Shariff, 18 tahun, adalah adik-beradik pemain ragbi.

Biarpun sukan tersebut disifatkan sebagai fizikal dan kerap menyebabkan kecederaan, namun mereka bertiga bersetuju akan nilai baik yang diterapkan dalam sukan tersebut.

"Saiz tubuh saya boleh dikatakan kecil untuk jadi seorang pemain ragbi tapi saya tetap pilih ragbi sebab ia mencabar saya dari segi fizikal dan mental," kata Ahmad Rasyid.

"Apa yang unik mengenai komuniti ragbi adalah kesungguhan mereka untuk kongsi kemahiran dengan sesama pemain. Saya terus menceburi sukan ini sebab saya dapat lihat perkembangan peribadi dalam diri saya," kata Siti Rasyidah.

Menyifatkan diri mereka sebagai peminat besar sukan ragbi, tiga beradik itu tidak pernah melepaskan peluang untuk menonton kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan (7s) Singapura HSBC setiap tahun.

LAPORAN LANJUT: Tiga beradik minat main ragbi

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3