Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

City bangkit tundukkan PSG, mara ke kalah mati Liga Juara-Juara

Liverpool kekal belum pernah kalah lepas tewaskan Porto 2-0
Nov 26, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pep Guardiola dan pasukannya Manchester City bangkit selepas ketinggalan untuk menundukkan Paris St-Germain 2-1, sekali gus melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah sebagai pemenang Kumpulan A.



City, yang menguasai sebahagian besar perlawanan, menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk mengutip semua tiga mata.



Ini selepas Kylian Mbappe membuka tirai jaringan bagi PSG pada minit ke-50.



Kekalahan itu bermakna pengurus PSG Mauricio Pochettino, yang telah dikaitkan dengan tugas sebagai pengurus Manchester United selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat, meninggalkan Manchester dalam kekecewaan.



Gol pertama City dijaringkan oleh Raheem Sterling, yang meneruskan form hebat kebelakangan ini untuk menyentuh masuk hantaran Kyle Walker pada minit ke-63.



Menyusuli itu, Bernardo Silva beraksi cemerlang untuk mengumpan bola dengan cantik kepada Gabriel Jesus, yang tidak menghadapi masalah menewaskan penjaga gawang PSG Kaylor Navas dari jarak dekat.



Kehandalan yang ditunjukkan City itu mengatasi ancaman daripada trio bintang PSG, iaitu Mbappe, Lionel Messi dan Neymar, yang gagal mempengaruhi perlawanan.



Kemenangan itu juga bermakna City akan melangkah ke perlawanan kumpulan terakhir - menentang RB Leipzig - dengan tempat mereka di puncak Kumpulan A terjamin.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan itu, Guardiola berkata pasukannya menunjukkan keupayaan sebenar mereka pada separuh masa kedua dan diberi ganjaran.



"Itulah yang saya minta daripada pemain saya.... terus mengasak lawan walaupun selepas ketinggalan gol. Mereka menunjukkan mereka tidak hilang keyakinan diri selepas ketinggalan dan boleh terus tenang mencari gol yang diperlukan," ujar Guardiola.



PSG, yang kini menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A, juga telah menjamin tempat di pusingan kalah mati.



Ia mempunyai lapan mata, jurang yang terlalu besar untuk dikejar oleh Leipzig di tangga ketiga.



Sementara itu, Thiago Alcantara dan Mohamad Salah menjaringkan satu gol setiap seorang untuk membantu Liverpool mengatasi Porto di Anfield, kemenangan yang memastikan ia mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam liga Juara-Juara musim ini.



Pasukan yang dipimpin Jurgen Klopp itu, yang telah menjamin tempat pertama dalam Kumpulan B selepas memenangi empat perlawanan pertama, tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama



Namun, mereka bangkit untuk menjaringkan dua gol cantik dalam babak kedua.



Pemain asal Sepanyol Thiago merembat bola yang memperdaya penjaga gawang lawan dari jarak jauh, sebelum Salah melakukan gerakan solo untuk membuka peluang gol bagi dirinya sendiri.



"Sesiapa yang melihat aksi Thiago semasa latihan tidak akan hairan melihat beliau menjaringkan gol sedemikian kerana beliau mempunyai teknik baik.



"Namun gol yang amat cantik ini juga sukar dijaringkan pada bila-bila masa... ini menunjukkan kehandalannya," ujar Klopp.



Walaupun tewas, Porto masih kekal di tangga kedua kumpulan selepas AC Milan menundukkan Atletico Madrid, keputusan yang menjerumus kelab Sepanyol itu ke tangga terakhir dalam liga.



Jika Porto mengatasi Atletico dalam perlawanan terakhir, ia akan melangkah ke pusingan selanjutnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >