Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

City goyah di Ewood Park

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Piala FA England (Pusingan Ketiga)

City goyah di Ewood Park

Jan 06, 2014 | 02:00 AM

LANCASHIRE: Gergasi Liga Perdana Inggeris Manchester City nyaris tewas kepada kelab corot Blackburn Rovers di Ewood Park dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1 di Ewood Park malam Sabtu.

Walau merehatkan beberapa pemain utama seperti Joe Hart, Vincent Kompany dan Yaya Toure, perlawanan pusingan ketiga Piala FA itu bermula dengan positif untuk City yang berjaya menjaringkan satu gol menerusi Alvaro Negredo sejurus sebelum masa rehat.
Namun Rovers yang berada di tangga ke-10 dalam Liga Championship memulakan separuh masa kedua dengan lebih perkasa dan meraih ganjarannya apabila Scott Dann menjaringkan gol penyamaan dalam minit ke-54.

Penjaga gawang City Costel Pantilimon gagal mendakap tandukan deras Rudy Gestede dan Dann bertindak pantas untuk menyambar bola yang disepak bak peluru ke dalam gawang.

Gol itu menyemarakkan lagi semangat pemain Rovers yang terus mengasak pertahanan City dengan hantaran tinggi ke dalam kotak penalti.
Sementara itu, City masih mengancam untuk menambahkan jaringan dan merampas momentum daripada Rovers dengan Negredo dan Dzeko berselang-seli menguji keupayaan mantan penjaga gawang England Paul Robinson di dalam gawang Rovers.

Namun kad kuning kedua yang diterima Dedryck Boyata memaksa City untuk bermain dengan 10 pemain dalam sembilan minit terakhir yang menentukan momentum kekal dimiliki Rovers yang hampir menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan Tom Cairney yang hanya tersasar beberapa inci dari tiang gol di saat-saat terakhir.

Rovers dan City akan bertemu lagi dalam perlawanan ulangan di Stadium Etihad lewat bulan ini, menambah kepada jadual perlawanan City yang padat dan merangkumi dua perlawanan separuh akhir Pialal Liga Capital One menentang West Ham.

Keputusan lain:
Aston Villa 1 : 2 Sheffield United
Barnsley 1 : 2 Coventry
Bolton 2 : 1 Blackpool
Brighton 1 : 0 Reading
Bristol City 1 : Watford
Doncaster 2 : 3 Stevenage
Everton 4 : 0 Queens Park Rangers
Grimsby 2 : 3 Huddersfield
Ipswich 1 : 1 Preston
Macclesfield 1 : 1 Sheffield Wednesday
Middlesbrough 0 : 2 Hull
Newcastle 1 : 2 Cardiff
Norwich 1 : 1 Fulham
Rochdale 2 : 0 Leeds
Southampton 4 : 3 Burnley
Stoke 2 : 1 Leicester
West Brom 0 : 2 Crystal Palace
Wigan 3 : 3 MK Dons
Yeovil 4 : 0 Leyton Orient

Ditunda:
Bournemouth lawan Burton
Charlton lawan Oxford United

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3