Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

City hanya perlu 8 mata jadi juara

Menang 2-1 di Aston Villa selepas ketinggalan hanya selepas 20 saat
Apr 23, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester City Pep Guardiola berkata kisah Liga Super Eropah (ESL) yang tidak menjadi kini telah berakhir, selepas pasukannya menewaskan Aston Villa dan melangkah setapak lagi ke arah trofi Liga Perdana England (EPL).



City antara 12 kelab yang bersetuju menjadi anggota pengasas ESL yang diumumkan Ahad lalu, tetapi menarik diri selepas langkah itu dikecam keras kerana ia dilihat sebagai memecah-belahkan bola sepak di England dan meruntuhkan sistem turun naik divisyen yang digunakan di sini.



"Sebagai satu kelab, kami menerima dan belajar daripada pengalaman ini dan memberi tumpuan kepada sebab kami berada di sini," kata Guardiola, yang pasukannya hanya memerlukan lapan mata daripada baki lima perlawanan liga untuk menjadi juara England buat kali ketiga dalam empat musim.



"Bagi saya, kisah ini telah berakhir... mereka (pemilik City) tidak perlu meminta maaf. Saya kenal mereka dan tahu cara mereka."



Kemenangan City itu memberinya kelebihan 11 mata ke atas Manchester United, dengan Guardiola berkata pasukannya kini begitu hampir dengan kejuaraan liga.



City mengalami kejutan mencemaskan di awal perlawanan semalam, selepas pemain bek tengah John Stoners dilayang kad merah sejurus sebelum waktu rehat kerana mengangkat kaki lebih tinggi daripada paras lutut semasa bersaing untuk bola dengan Jacob Ramsey.



Namun Villa mensesiakan kelebihan seorang pemain apabila Matty Cash juga dilayang kad merah di awal separuh masa kedua selepas dilayangkan dua kad kuning dalam tiga minit.



Villa telah mendahului perlawanan sejak tempoh 20 saat apabila John McGinn merembat kemas hantaran silang Ollie Watkins.



Namun City menyamakan kedudukan menerusi Phil Foden, sebelum Rodri menanduk masuk gol kedua dan kemenangan 2-1 bagi City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >