MANCHESTER (England): Gol-gol sumbangan Lionel Messi dan Dani Alves di padang lawan mencerahkan peluang Barcelona mara ke peringkat suku akhir pertandingan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City 2-0 awal pagi semalam.
City, yang layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara buat julung-julung kali, kelihatan mampu menyaingi kehebatan Barcelona dalam perlawanan pusingan pertama itu tetapi terpaksa berjuang dengan 10 pemain selepas Martin Demichelis dilayangkan kad merah selepas mengasari Messi pada minit ke-54.