Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN

City, Liverpool boleh bersaing, yang lain belum bersedia

epl
Aug 05, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS tiga bulan, peminat bola sepak dapat menikmati kembali aksi Liga Perdana England (EPL) apabila tirai musim 2022/23 dibuka pagi esok (3 pagi waktu Singapura) dengan Arsenal menentang Crystal Palace.



Musim baru membawa pelbagai harapan baru. Penyokong Arsenal pastinya optimistik dengan pembelian pemain yang bijak oleh pengurus Mikel Arteta.



Ramai tidak sabar ingin melihat gandingan pemain baru Gabriel Jesus dengan pemain mapan kelab itu, seperti Martin Ødegaard dan Gabriel Martinelli.



Namun, hakikatnya - Arsenal tidak mungkin menjulang mahkota EPL. Begitu juga Manchester United.



Ia mungkin satu era baru bagi United di bawah kepimpinan Erik ten Hag. Namun, ia belum tentu era yang menjamin kejayaan yang didambakan penyokong United. Musim ini belum tentu Red Devils kembali ke zaman kegemilangannya.



Dua kelab yang akan terus bersaing bagi kejuaraan liga musim ini ialah Manchester City dan Liverpool. Masing-masing beraksi esok dan lusa bagi perlawanan pembukaan mereka. City menentang West Ham manakala Liverpool berdepan pasukan baru dinaikkan ke Liga Perdana, Fulham.



City dan Liverpool telah membuktikan kehandalan mereka sejak beberapa musim lalu, dan menunjukkan mereka berada di landasan berbeza daripada kelab EPL lain.



Lebih menggerunkan ialah kedua-dua kelab telah memperkukuh pasukan mereka, dengan City mendapatkan khidmat penyerang muda terbaik dunia, Erling Haaland, dan Liverpool mendapatkan pemain sensasi Uruguay, Darwin Núñez.



Dengan pasukan hampir lengkap dan sempurna, langkah City dan Liverpool memperkukuh lagi skuad mereka bermakna, bagi saya, mahkota Liga Perdana sekali lagi akan direbut oleh dua pasukan itu sementara yang lain, seperti Chelsea, Manchester United, Arsenal dan Tottenham Hotspurs, setakat bersaing untuk tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah.



West Ham, pimpinan David Moyes, berupaya menjadi pengacau pasukan tradisi Top 6, jika mereka dapat meneruskan persembahan konsisten sejak dua musim lalu. Moyes gagal mendapatkan sasaran utamanya, Jesse Lingard, namun mendapatkan penyerang sasaran banyak kelab Eropah, Gianluca Scamacca.



Kelab seperti Wolves, Brighton dan Leicester pula perlu meneruskan pembangunan mereka. Sedang Leicester telah memperkukuh kedudukan mereka sebagai pasukan mapan dalam liga utama England, kelab seperti Wolves dan Brighton tidak tidak boleh mengambil mudah cabaran daripada pasukan lain, termasuk yang baru dinaikkan ke EPL musim ini - Bournemouth, Fulham dan Nottingham Forest.



Pasukan menarik disaksikan ialah Newscastle United, dengan pelaburan besar oleh pemilik barunya - sebuah konsortium syarikat Arab Saudi. Kelab bersejarah itu memang mempunyai kemampuan berbelanja besar. Namun, belum ramai pemain utama tertarik menyertai pasukan Magpies itu, kerana ketidaktentuan yang masih wujud dan kelab itu tidak beraksi dalam kejohanan Eropah musim depan.



Namun, jika Newcastle, yang dipimpin pengurus muda berpotensi Eddie Howe, berdaya menembusi enam tempat teratas atau memenangi piala yang memberi mereka tempat dalam kejohanan Eropah musim depan, ia akan melihat satu era baru yang gemilang, seperti yang dikecapi City setelah ia dibeli syarikat pelaburan Abu Dhabi.



Bercakap mengenai City, biarpun pertempuran dijangka hebat musim ini, saya rasa pasukan pimpinan Pep Guardiola ini, yang disokong dana bak tidak terhad, akan menjulang mahkota EPL sekali lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >