Topic followed successfully
Go to BHkuCity lompat ke tangga kedua
City lompat ke tangga kedua
City lompat ke tangga kedua
MANCHESTER: Manchester City melonjak di tangga kedua Liga Perdana England (EPL) selepas membenam Crystal Palace 4-0 di Stadium Etihad, awal pagi semalam.
Keputusan seri tanpa jaringan antara Manchester United dan Liverpool di Anfield memberi kelebihan kepada City yang melakar kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan liga.
Skuad bimbingan Pep Guardiola menjaringkan gol pada minit ke-26 menerusi hantaran Kevin De Bruyne yang ditanduk masuk oleh John Stones, yang menjadi gol pertama pemain itu bersama City dalam aksi liga.
City yang belum pernah kalah dalam 15 perlawanan di kesemua pertandingan, menambah gol kedua 11 minit selepas separuh masa kedua menerusi sumbangan Ilkay Gundogan.
Stones meluaskan jurang dengan jaringan pada minit ke-68 sebelum Raheem Sterling melengkapkan kemenangan City dengan gol keempat pada minit ke-88 menerusi sepakan percuma.
"Kami mempamerkan aksi konsisten. Ia adalah kemenangan yang amat penting," kata Guardiola.
"Kami cuba beraksi sama seperti beberapa musim lalu dan di barisan pertahanan, kami tidak melakukan kesilapan. Prestasi tahun lalu agak teruk.
"Jika diminta memilih satu pemain yang beraksi cemerlang, saya memilih John Stones. Dia berhak mendapat pujian." - AFP.

