MANCHESTER (England): James Milner melahirkan keyakinan Manchester City mampu mengakhiri kemarau gol yang dialami apabila mereka menyambut kedatangan Sunderland di Stadium Etihad pagi Khamis ini (waktu Singapura).
Kekalahan 0-1 di tangan Chelsea dan diikuti seri 0-0 dengan Norwich bermakna City, yang menampilkan barisan penyerang paling berbisa dalam liga dengan sejumlah 68 gol sejauh ini, gagal menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan berturut-turut buat julung-julung kali musim ini.