Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

City rampas tempat teratas atasi Arsenal

Feb 17, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pemain pertahanan Manchester City, Ruben Dias berkata kemenangan 3-1 di Arsenal dalam pertarungan merebut kejuaraan Liga Perdana England pada Rabu bermakna segala-segalanya untuk juara bertahan itu.



City tidak beraksi pada prestasi terbaiknya sebelum waktu rehat apabila sepakan penalti Bukayo Saka menyamakan kedudukan setelah jaringan pembukaan Kevin de Bruyne meletakkan City di hadapan.



Namun, mereka mengawal perlawanan dalam babak kedua dengan Jack Grealish dan Erling Haaland kedua-duanya menemui sasaran untuk membawa City ke puncak liga untuk kali pertama sejak Ogos pada perbezaan gol.



"Sangat gembira untuk mendapat tiga mata, itu sahaja. Sangat sengit, banyak pertembungan, dua pasukan yang suka mempertahankan benteng dari bahagian depan dan mempunyai pemilikan bola. Nasib baik, pada penghujungnya, kami berada di puncak liga," kata Dias selepas mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut City ke atas Arsenal.



"Ini bermakna segala-segalanya kepada kami. Apabila anda meraih saat-saat ini menentang musuh anda, ia bermakna segala-segalanya. Untuk pasukan kami, itulah cara kami menangani setiap perlawanan. Satu perlawanan pada satu masa, tetapi memberikan segalanya pada satu perlawanan itu dan pastikan anda tidak mempunyai apa-apa lagi."



Mesin gol Norway, Haaland telah mengalami tempoh yang agak tandus setelah gagal menjaringkan gol selama tiga perlawanan.



Tetapi, beliau mempamerkan aksi mengancam di depan gawang Arsenal dalam babak kedua dan mengesahkan kemenangan dengan gol liga ke-26nya musim pada minit ke-82, 10 minit Grealish meletakkan City di depan.



"Penyesuaian kecil pada separuh masa dari Pep dan akhirnya kami mempunyai pemain yang berkualiti (untuk mendapat kemenangan). Kami perlu setiap pemain memberikan prestasi terbaik mereka dan kami melakukannya hari ini," kata Haaland.



"Kami semua boleh bersetuju (Arsenal) telah menjadi pasukan terbaik musim ini jadi untuk datang dan bermain menentang mereka bukanlah mudah, tetapi kami bermain permainan yang menakjubkan dan mendapat tiga mata yang sangat penting - kami berada di dalam perlumbaan untuk gelaran juara sekali lagi."



Haaland menepis tanggapan beliau telah mengakhiri kemarau gol kecilnya.



"20 minit telah berlalu sejak kali terakhir saya mendapat gol - jadi saya perlu terus berusaha gigih," katanya.



"Ia adalah sambutan yang sangat positif, gembira, dan saya sangat gembira dengan segala-galanya, kami memerlukan kemenangan ini dan sekarang kami perlu terus prestasi ini, kerana itulah yang perlu Manchester City lakukan." - REUTERS.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >