Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

City tawar $188j pikat Grealish

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester City telah membuat tawaran untuk melengkapkan perjanjian bernilai £100 juta ($188 juta) bagi mendapatkan pemain Aston Villa, Jack Grealish dalam tempoh terdekat ini.



Laporan media antarabangsa mendedahkan City bersedia membuat rundingan dengan Villa bagi mendapatkan pemain kebangsaan England itu dan perbincangan terakhir dikatakan sedang berlangsung ketika ini.



Juara Liga Perdana England (EPL) itu giat mempertingkatkan usaha mereka untuk mendapatkan pemain itu, yang bakal menjadi satu perjanjian termahal pernah dilakukan kelab Britain itu.



City sebelum ini yakin Grealish sudah bersedia meninggalkan kelabnya dan dilihat bakal memperoleh lebih daripada £200,000 seminggu di Stadium Etihad meskipun Villa cuba untuk mengekalkan kapten mereka itu.



Perpindahan dari Villa Park dianggap sebagai satu batu loncatan buat pemain berusia 25 tahun itu, yang pernah meluahkan hasrat beraksi di Liga Juara-Juara.



City bagaimanapun dilaporkan enggan memberi sebarang komen ketika dihubungi.



Pengurus City, Pep Guardiola yang turut menyasarkan untuk mendapatkan pemain Tottenham Hotspurs, Harry Kane, tampak bakal melepaskan salah seorang pemain mereka dalam pasukan utama pada minggu-minggu mendatang ini.



Daripada barisan pemain mereka, City menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual Raheem Sterling sekalipun kelab itu berjaya membawa Grealish ke Etihad.



City berharap Sterling, 26 tahun, dapat membuat keputusan muktamad tentang masa depannya bersama kelab berkenaan, biarpun rundingan lanjut perlu dijalankan selepas perbincangan awal dilakukan musim lalu.



Bagaimanapun, City tidak panik kerana bintang England berkenaan yang menjadi wira skuad The Three Lions sehingga mara ke final Euro 2020 masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun.



Sterling ketika ini antara pemain City yang dibayar gaji paling tinggi iaitu sekitar £300,000 seminggu.



Sementara itu, Villa telah mengambil langkah seterusnya untuk mengisi sebarang kekosongan yang ada dengan mendapatkan Emi Buendia dari Norwich.



Bintang Norwich yang lain di bahagian tengah, Todd Cantwell turut berada dalam pemerhatian mereka bersama dengan pemain sayap Bayer Leverkusen, Leon Bailey. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >