Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

City tidak mampu tercicir mata

epl
Jan 20, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS kecundang tiga kali dalam bulan Disember termasuk tewas dua kali berturut-turut, Manchester City kembali bangkit dengan tiga kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan pendahulu liga Liverpool bagi merapatkan jurang pungutan mata dalam liga.



Dengan Liverpool mendahului mereka dengan empat mata dan dijangka menang lagi di tempat sendiri menentang Crystal Palace, City tidak mampu terus tercicir sebarang mata dalam usahanya memberikan tekanan kepada Liverpool dari minggu ke minggu.



Walaupun City sudah pun memenangi liga sebanyak tiga kali dalam dekad terakhir ini, namun mereka tidak pernah memenanginya dua musim berturut-turut.



Untuk mendakwa mereka antara pasukan terbaik dalam sejarah liga Perdana, City perlu mengekalkan kejuaraan liga. Ini sudah cukup menjadi satu motivasi buat Pep Guardiola bagi mendorong anak buahnya untuk terus mengekalkan persembahan terbaik mereka bagi menyekat Liverpool daripada menjuarai liga buat kali pertama selepas lebih dua puluh tahun!



Cuma yang menjadi hambatan City, tidak seperti Liverpool, mereka kini masih lagi dalam persaingan bagi merebut keempat kejuaraan utama termasuk liga juara-juara Eropah. Pep sendiri nampaknya memberikan keutamaan memenangi keempat-empat kejuaraan ini terutamanya Liga-Liga Juara yang tidak pernah mereka juarai.



Sama ada ia merupakan sesuatu yang bakal menjejaskan tumpuan City dalam mempertahankan liga perdana, hanya dapat kita ketahui di penghujung musim nanti.



STRATEGI, FORMASI DAN KESEBELASAN UTAMA



Saya menjangkakan Guardiola hanya akan melakukan beberapa penukaran kecil sahaja bagi memberikan sedikit kesegaran kepada kesebelasan utama City. Ini penting agar tidak berlaku kegenjotan besar, kerana setiap perlawanan adalah genting buat City ketika ini, walaupun berdepan dengan pasukan tercorot seperti Huddersfield.



Dengan itu, saya jangkakan tiada perubahan besar pada barisan pertahanan City yang berkemungkinan besar bakal dibarisi oleh gandingan John Stones dan Aymeric Laporte, di samping Fabian Delph dan Oleksandr zinchenko yang mungkin salah seorang dari mereka bakal mengambil alih tempat Kyle Walker atau Danilo.



Dengan Kevin De Bruyne kini cergas kembali, Pep mungkin memberikan kesempatan ini untuk menyertakan kembali perancang tengah beliau ini di samping Fernandinho dan David Silva. Pilihan seterusnya ialah menyertakan Ilkay Gundogan menggantikan tempat David Silva atau mengekalkan Bernardo Silva dalam kesebelasan utama.



Dengan Gabriel Jesus dalam prestasi terbaiknya - dengan enam gol daripada dua perlawanan terakhir - Guardiola mungkin terpanggil untuk mengekalkan Jesus sebagai penyerang utama bagi mengambil alih tempat Aguero, yang mungkin sekali lagi direhatkan untuk perlawanan yang lebih penting. Baki dua tempat di bahagian serangan pula kemungkinan besar akan diisi oleh Raheem Sterling dan Leroy Sane atau Riyad Mahrez.



Saya juga tidak menolak kemungkinan Pep menggunakan formasi 4-4-2 dan tidak 4-3-3 seperti biasanya, iaitu gandingan Jesus dan Aguero sebagai penyerang kembar, kerana ini juga pernah dilakukan Pep pada masa lalu.



Siapapun yang bakal bermain nanti, saya menjangkakan City tidak menghadapi masalah mengutip tiga mata penuh di samping jumlah jaringan yang besar.



PEMAIN TUNGGAK - GABRIEL JESUS



Gabriel Jesus memulakan musim ini sebagai penyerang utama Brazil pada musim panas lalu tanpa menjaringkan sebarang gol.



Nasib malangnya berterusan, di mana musim ini, beliau hanya dipilih Guardiola memulakan enam permulaan sahaja daripada 21 perlawanan liga. Hasilnya, beliau hanya menjaringkan tiga gol daripada dua perlawanan. Aguero pula sudah menjaringkan 10 gol daripada 16 permulaan. Kelibat Jesus hanya muncul ketika Aguero cedera.



Bagaimanapun, Jesus kembali mendapat tempat dalam dua perlawanan terakhir dan kembali menemui semula sentuhan jaringan golnya. Malah beliau menyumbat empat gol dalam kemenangan 9-0 ketika menentang Burton dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA baru-baru ini. Jesus kemudiannya meneruskan prestasi baiknya ini dengan dua gol lagi ketika menentang Wolves di Stadium Etihad, menjadikan jumlah jaringal gol liganya kepada lima jaringan.



Walaupun Aguero sudah cergas serta berada pada tahap terbaik, entah kenapa saya dapat menjangkakan Guardiola bakal meneruskan kepercayaan kepada Jesus untuk mengemudi serangan City nanti bagi meneruskan prestasi baik beliau.



Sama ada Jesus atau Aguero yang bermain nanti, Guardiola pastinya yakin bahawa kedua-dua penyerangnya ini mampu membantu City meneruskan rekod kemenangan bagi terus mencabar Liverpool di takhta liga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >