Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

City tumpas di Etihad

Persaingan di persada EPL kian sengit; hanya dua mata memisahkan pendahulu, Arsenal dengan Chelsea dan City.
Feb 05, 2014 | 11:00 AM



MANCHESTER: JOSE Mourinho membuktikan Chelsea masih mampu bersaing untuk kejuaraan Liga Perdana England (EPL) setelah kelab London itu membenam City 1:0 di Stadium Etihad, sekaligus membuka luas perlumbaan untuk merebut mahkota EPL dengan hanya baki 14 perlawanan musim ini.

Gol jaringan Branislav Ivanovic pada minit ke-32 akhirnya memadai untuk membantu Chelsea mengutip tiga mata maksimum untuk meruntuhkan rekod 11 kemenangan berturut-turut City di tempat sendiri musim ini. Keputusan ini juga bermakna City gagal menjaringkan gol di Stadium Etihad untuk pertama kali dalam 61 perlawanan sejak 2010.


Malah, Chelsea sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol tetapi kurang bernasib baik apabila percubaan Samuel Eto’o, Nemanja Matic dan Gary Cahill terkena palang.

David Silva mengancam untuk mengikat jaringan menerusi asakan jitu City di akhir perlawanan tetapi Manuel Pellegrini perlu akur bahawa Chelsea layak memenangi perlawanan yang dipengaruhi disiplin dan kemahiran pemainnya, terutama Eden Hazard dan Nemanja Matic di tengah padang.


Dapatkan analisis perlawanan dan laporan penuh di Berita Harian Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >