Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Colin Schooling, bapa juara renang Olimpik Joseph, meninggal pada usia 73 tahun

Nov 18, 2021 | 04:44 PM

COLIN Schooling, bapa perenang dan satu-satunya juara Olimpik Singapura, Joseph Schooling, meninggal dunia pada Khamis (18 November). Usianya 73 tahun.

Dalam masa beberapa bulan lalu, bekas pemain bola lisut kebangsaan dan usahawan pesara ini telah melalui rawatan selepas dikesan dengan barah hati pada Jun.

Bapa saudara Colin, Lloyd Valberg, yang merupakan warga Singapura pertama bersaing dalam Olimpik apabila beliau mewakili Malaya dalam acara lompat tinggi di London pada 1948. Colin pula adalah olahragawan serba boleh.

Colin menjalani pengajian di Raffles Institution, mencuba sukan lompat pagar dan polo air sebelum menjadi pemain sukan bola lisut kebangsaan.

Pada 1983, beliau mendirikan rumah tangga bersama May Yim yang kali pertama ditemui di acara bola lisut Pesta Sukan di Pulau Pinang sekitar 1960-an. Yim mewakili pasukan Perak manakala Colin mewakili Singapura dalam pasukan Pirates.

Selepas Yim mengalami tiga keguguran, Joseph dilahirkan pada 1995.

Dengan Joseph menunjukkan minat dan kebolehan dalam sukan renang, Colin dan May berusaha membantu anak tunggal mereka mencapai impian menjadi juara Olimpik.

Selain membelanjakan lebih $1 juta, mereka menjual rumah mereka di Perth dan mengeluarkan wang untuk pelan endowmen bagi membiaya latihan Joseph di Amerika. Colin juga memikirkan usaha menjana mesin renang yang suatu ketika dapat dibanggakan dan ditempatkan di Muzium Sukan Singapura.

Pada 2019, menerusi laman Wear Oh Where, Joseph bertanya kepada bapanya apa erti kejayaan.

Kata Colin: "Kejayaan itu adalah apabila anda mampu melihat diri anda di cermin dan selesa dengan apa yang anda lihat terpantul pada cermin itu.

"Asal sahaja anda melihat diri anda dan selesa dengan keadaan itu serta bahagia dan berpuas hati bahawa anda tidak buat salah pada sesiapa. Bahagia dengan diri anda sahaja. Saya fikir itu kejayaan."
 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3