Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SPURS DAH DAPAT PENGURUS BARU

Conte gembira kembali kendali pasukan EPL

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan Antonio Conte (gambar) berkata beliau gembira diberi peluang kembali ke Liga Perdana England selepas dinamakan sebagai pengurus baru Tottenham Hotspur.



Kelab itu turut mengumumkan bahawa Conte telah dilantik sebagai pengurus baru "sehingga musim panas 2023" dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak warga Italy berusia 52 tahun itu selepas tempoh itu.



Spurs memecat pengurus Nuno Espirito Santo Isnin lalu, selepas hanya 17 perlawanan, dengan kelab London itu menduduki tangga kelapan dalam Liga Perdana England (EPL).



"Saya amat gembira kerana dapat kembali bertugas sebagai pengurus dan untuk berbuat demikian di sebuah kelab EPL yang menaruh harapan menjadi pesaing utama dalam liga domestik dan di Eropah," ujar Conte.



Conte, yang tidak bekerja sejak beliau meninggalkan Inter pada Mei lalu, kembali ke London dengan rekod pencapaian yang membanggakan.



Beliau bukan sahaja memenangi kejuaraan Serie A bersama Inter musim lalu, malah pernah menjuarai EPL dan Piala FA di England dalam dua musim bersama Chelsea dari 2016 hingga 2018.



Namun beliau dipecat Chelsea selepas gagal menyemarakkan pasukan itu pada musim berikut.



Difahamkan, Conte telah mengadakan rundingan dengan Spurs untuk mengambil alih kepimpinan kelab itu seawal musim panas lalu.



Namun langkah itu terbantut yang mendorong Spurs melantik bekas pengurus Wolves, Nuno, pada musim panas lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >