Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Conte mohon kesabaran semua pihak

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Antonio Conte berkata semua pihak harus bersabar selepas beliau memimpin Tottenham Hotspur dalam perlawanan pertama, dengan Vitesse dalam Liga Persidangan Europa semalam.



Perlawanan penuh drama itu menyaksikan tiga kad merah dilayangkan, dengan Spurs mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain, sementara Vitesse hanya mempunyai sembilan pemain di wisel penamat.



Spurs, yang menjaringkan tiga gol sebelum waktu rehat, juga hampir-hampir membazirkan kelebihan itu, membenarkan pasukan dari Belanda menjaringkan gol dalam separuh kedua.



Namun, anak didik Conte berjaya bertahan dan akhirnya memungut semua tiga mata.



Persembahan yang ditunjukkan Spurs itu, jauh berbeza apabila dibandingkan dengan cara pasukan lain yang pernah dipimpin Conte beraksi.



Semua pasukan Conte seperti Juventus, Chelsea dan Inter Milan amat berdisiplin dan mempunyai benteng pertahanan yang kukuh dalam musim mereka memenangi liga domestik masing-masing.



Sebaliknya, Spurs terkial-kial membendung pemain lawan dan melepaskan gol-gol yang seharusnya diadang.



"Dalam pendapat saya, masih ada banyak ruang untuk kita memperbaiki pasukan ini, mempertingkat setiap pemain," kata Conte.



"Kita perlu mempunyai sedikit kesabaran kerana kita harus mempertingkat banyak aspek permainan kami, dari segi taktik, dari segi jasmani dan kecergasan pemain. Saya juga ingin pemain faham tentang apa yang saya mahukan.



"Kerjanya menimbun, tapi saya tidak gentar. Saya tahu hanya dengan kerja kuat kita boleh mencapai sasaran yang penting,"ujar Conte lagi.



Conte disambut meriah oleh penyokong Spurs dalam perlawanan pertama sejak Nuno Espirito Santo dipecat dan pemainnya bangkit untuk memulakan perlawanan dengan rancak dan menjaringkan tiga gol tanpa berbalas dalam 30 minit pertama.



Namun Spurs membenarkan Vitesse menjaringkan dua gol dalam babak kedua, sebelum drama kad merah bermula, yang menyebabkan Cristian Romero dibuang padang kerana mengasari Openda.



Menyusuli itu kapten Vitesse Danilho menerima kad kuning kedua kerana mengasari Harry Kane, diikuti penjaga gawang Markus Schubert yang diperintah keluar padang selepas memegang bola di luar petak penalti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >