Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Conte orang paling layak pimpin Tottenham'

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



APABILA bercakap tentang siapa pengurus yang sesuai untuk Tottenham sekarang, semua kepercayaan adalah kepada Antonio Conte. Dan kebanyakan peminat Spurs juga turut berpendapat sama.



Kekalahan di tangan Chelsea minggu lalu adalah keputusan yang mengecewakan, tetapi ia adalah kekalahan pertama Conte dalam Liga Perdana England dan terdapat banyak perkara positif sejak beliau mengambil alih tugas pada awal November lalu.



Beliau sedang membina sesuatu tetapi untuk melakukannya, Conte perlukan pemain yang sesuai.



Dan tidak masuk akal memberi beliau jawatan itu sekiranya kelab itu tidak memberikan apa yang diinginkannya.



Conte bukan jenis bos yang suka membelanjakan wang berjuta dolar bagi membina pasukannya, tetapi apa yang diingini oleh beliau di Spurs adalah pemain berkualiti daripada apa yang beliau ada sekarang.



Terdapat ramai pemain yang perlu dipindahkan dan keperluan jelas untuk mendapatkan muka baru di posisi penting termasuk di bahagian bek tengah dan pemain tengah.



Conte telah membuat perubahan besar dengan cara beliau menyemarakkan sekumpulan pemain ke dalam skuad yang boleh bersaing tempat empat teratas di liga. Ini kerana ketika beliau tiba di kelab itu, mereka tidak berada di tempat yang sama.



Jadi ia tidak masuk akal bagi pengerusi Tottenham Daniel Levy tidak menyokongnya, kerana Conte adalah pilihannya.



Beliau adalah pengurus yang Levy mahukan di kelabnya untuk lima tahun akan datang, jadi beliau perlu melayannya dengan sewajarnya.



Jika Levy kehilangan Conte kerana beliau tidak memberikan apa yang Conten mahukan, maka tindak balas bakal dilihat daripada penyokong Spurs kerana mereka melihat beliau sebagai peluang terbaik mereka untuk bergerak ke hadapan.



Oleh itu, memberi sokongan kepada Conte dan berikan apa yang beliau perlukan untuk bersaing di kedudukan teratas tidak sepatutnya dilihat sebagai satu perjudian.



Dalam temu bual selepas kekalahan Chelsea itu, Conte dengan jelas berkata perbezaan antara kedua-dua pasukan, serta antara Spurs dan Manchester City atau Liverpool, adalah besar.



Pendapat Conte betul dan ia tidak akan berubah dengan beberapa pemain sebelum jendela perpindahan ditutup minggu depan. Mencecah tempat ke tiga teratas akan mengambil masa dan pelaburan yang serius.



Apa yang menjadi rebutan sekarang adalah tempat keempat di liga musim ini.



Membawa pemain yang sesuai sekarang boleh menjadi perbezaan antara mendapatkan tempat itu atau tidak.



Spurs adalah pasukan yang jauh lebih baik kerana Conte tetapi sekarang mereka mungkin akan menduduki tempat keenam atau ketujuh - bukan keempat.



Apa yang boleh mengubahnya? pemain sayap Wolves Adama Traore adalah salah seorang pemain yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Spurs bulan ini, dan terdapat khabar angin bahawa Conte akan menggunakan beliau sebagai bek sayap - seperti yang dilakukan dengan Victor Moses di Chelsea. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >