Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Copa America: Peru singkir Brazil dengan gol kontroversial

Jun 13, 2016 | 03:14 PM



FOXBOROUGH (Massachussetts): Gol oleh pemain gantian Raul Riudiaz yang hangat dipertikai memberi Peru kemenangan mengejut 1-0 ke atas Brazil, sekali gus menyingkir juara piala dunia lima kali itu daripada Copa America di peringkat kumpulan, di Foxborough pada Ahad (12 Jun).



Penyerang Peru itu dilihat menggunakan tangannya untuk menjaringkan gol dari jarak dekat, dengan perlawanan tinggal 16 minit. Tetapi selepas kelewatan panjang apabila pengadil berunding dengan pembantunya, beliau membenarkan gol itu.



Siaran televisyen menunjukkan Ruidiaz tersenyum selepas itu tetapi pemain Brazil berang akan keputusan tersebut, yang membuat mereka tersingkir sebelum peringkat kalah mati buat kali pertama sejak 1987.



"Kami melihat bola terkena tangannya tetapi anda tidak boleh mengadu," kata pemain tengah Brazil, Miranda, kepada pemberita. "(Pengadil) berkata beliau berbincang dengan empat pegawai dan mereka tidak melihatnya.



"Brazil cuba dari minit pertama untuk menjaringkan gol tetapi malangnya bola tidak mahu masuk, dan itulah bola sepak. Jika anda tidak menjaringkan gol, anda menanggung padahnya."



Keputusan itu meletak Peru ke puncak Kumpulan B dan menghapuskan Brazil, yang turun ke tempat ketiga di belakang Ecuador.



Peru akan menentang Colombia pada suku akhir di New Jersey pada Jumaat, manakala Amerika Syarikat akan menentang Ecuador di Seattle sehari sebelum itu.



Mexico, Venezuela dan Argentina juga telah layak ke suku akhir, dan akan disertai Chile atau Panama, selepas pertemuan mereka pada Selasa. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >