Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Copa America: Sanchez, Vargas cemerlang dalam kemenangan 4-2 Chile ke atas Panama

Jun 15, 2016 | 03:00 PM



PHILADELPHIA: Chile mara ke suku akhir Copa America pada Selasa (14 Jun) selepas dua gol pada separuh masa pertama oleh Eduardo Vargas dan dua pada babak kedua oleh Alexis Sanchez memberi mereka kemenangan 4-2 ke atas Panama di Philadelphia.



Chile ketinggalan selepas satu gol awal Panama tetapi mengaum penuh semangat semula hasil prestasi cemerlang pasangan penyerang mereka itu.



Panama mendahului pada minit keempat terima kasih kepada kesilapan penjaga gol Chile, Claudio Bravo, yang membiarkan tendangan Miguel Camargo dari hampir 30 meter terlepas dari tangannya dan masuk ke dalam gawang.



Chile bangkit tidak lama kemudian.



Artur Vidal dan Sanchez melakukan gerakan satu dua dalam kotak selepas 14 minit dan bola tendangan Sanchez hanya dapat ditepis Jaime Penedo untuk Vargas m erembat masuk ke dalam gol.



Tiga minit sebelum rihat, Vargas melompat untuk menanduk bola masuk bagi meletak Chile di depan.



Pada minit ke-49, Vargas berjaya membawa boleh ke dalam kotak sebelum memberinya kepada Sanchez yang menendang sangga untuk menjadikan kedudukan 3-1.



Namun, Panama terus berjuang dan merapatkan kedudukan selepas 74 minit apabila Bravo sekali lagi bersalah kerana gagal menghalang bola tandukan Abdiel Arroyo masuk dekat palang berdekatannya.



Sanchez, bagaimanapun, memantapkan kemenangan Chile apabila beliau melompat dan menanduk masuk satu hantaran dua minit sebelum perlawanan tamat, menjadikan kedudukan 4-2.



Juara bertahan itu akan menentang Mexico dalam pusingan seterusnya pada Sabtu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >