Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Costa Rica kekal bermimpi

Costa Rica catat kejutan kedua, tewaskan Italy 1-0, sekaligus singkir England dari Piala Dunia.
Jun 21, 2014 | 12:02 PM



PERMULAAN bak mimpi Costa Rica di Piala Dunia berterusan apabila ia mengulangi kejutan perlawanan pembukaan, menundukkan Italy 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D di Arena Pernambuco di Recife, dinihari tadi.



Kemenangannya yang kedua berturut-turut itu - ia menewaskan Uruguay 3-1 awal minggu ini - sekaligus menyingkirkan England daripada pertandingan.

Penyerang Fulham Bryan Ruiz menjaringkan gol tunggal perlawanan seminit sebelum waktu rehat untuk menjamin kemenangan dan menentukan Costa Rica mara ke pusingan selanjutnya buat kali pertama dalam 24 tahun.



Keputusan ini bermakna Uruguay dan Italy yang masing-masing memiliki tiga mata, bersaing untuk tempat kelayakan kedua apabila mereka berentap pada 25 Jun nanti.

Seperti yang dijangka, Costa Rica lebih pantas menyesuaikan diri dengan cuaca panas terik di Arena Pernambuco dan mengasak Italy dari wisel permulaan.



Namun peluang gol terbaik jatuh kepada Mario Balotelli pada minit ke-30. Penyerang Italy itu menyambut kemas hantaran Andrea Pirlo dari tengah padang, tetapi gagal menemui sasaran walau hanya berdepan dengan penjaga gawang Costa Rica, Keilor Navas. Balotelli disajikan peluang kedua untuk membuka tirai jaringan tiga minit kemudian tetapi percubaannya dari luar petak penalti berjaya diselamatkan Navas.



Selang tiga minit, giliran Costa Rica pula menguji ketangkasan Gianluigi Buffon di gawang Italy. Namun percubaan Cristian Bolanos dari jarak 25 meter diselamatkan oleh Buffon. Percubaan itu seolah-olah membangkitkan semangat Costa Rica. Dalam minit ke-38, penyerang Fulham Bryan Ruiz menggelecek bola melepasi dua pemain Italy tetapi percubaannya dari luar petak penalti tidak menemui sasaran.



Permainan meledak dua mini sebelum waktu rehat apabila Costa Rica dinafikan penalti pasti oleh pengadil. Kelincahan Joel Campbell membenarkannya meluru masuk ke petak penalti sebelum dikasari oleh dua pemain Italy. Namun pengadil Enrique Osses dari Chile enggan memberi penalti dan mengarahkan permainan diteruskan, mengundang bantahan keras dari pemain dan jurulatih Jorge Luis Pinto.



Namun Costa Rica tidak perlu menanti terlalu lama untuk membuka tirai jaringan.

Dalam minit ke-44, Ruiz meloncat paling tinggi dalam petal penalti Italy untuk menanduk bola hantaran Junior Diaz melewati Buffon dan terkena palang sebelum melantun ke dalam gol.



Italy memulakan separuh msa kedua dengan niat memburu gol penyamaan kilat, tetapi penyertaan Antonio Cassano yang menggantikan Thiago Motta gagal mengubah corak permainan, dengan Costa Rica kini lebih rela bertahan dan meresap serangn Italy sebelum melakukan serangan balas merbahaya.



Terdesak, Cesare Prandelli membuat pertukaran kedua selang 10 minit, menggantikan Antonio Candreva dengan Lorenzo Insigne dalam minit ke-57.

Namun Costa Rica gagah bertahan sehingga wisel penamat, menentukan ia menikmati kemenangan pertama ke atas Italy dalam sejarahnya.


Dalam perlawanan Kumpulan E, Perancis mara menghampiri pusingan kedua selepas menundukkan Switzerland 5-2. Olivier Giroud membuka tirai jaringan dalam minit ke-17,  sebelum gol-gol daripada Blaisue Matuidi (min ke-18), Karim Benzema (min ke-67), Moussa Sissoko (min ke-73) dan Mathieu Valbuena (min ke-40) menjamin kemenangan selesa untuk Perancis. Switzerland membalas dua gol sagu hati menerusi jaringan Blerim Dzemaili (min ke-81) dan Granit Xhaka (min ke-87).


Dalam perlawanan kedua Kumpulan E, Enner Valencia (min ke-34, 65)menjadi wira Ecuador, menjaringkan dua gol untuk membantu negara Amerika Selatan itu bangkit menundukkan Honduras selepas ketinggalan 1-0. Penyerang Honduras, Carlo Costly menjaringkan gol pertama permainan dalam minit ke-31.  Kemenangan itu menentukan Ecuador kekal bersaing untuk merebut dua tempat kelayakan ke pusingan kedua, sementara kekalahan kedua untuk Honduras itu bermakna ia terpaksa bergantung pada keputusan perlawanan lain untuk menentukan nasibnya.


 


 


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >