Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Courtois tuduh Uefa 'utamakan wang daripada kesejahteraan' pemain

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Thibaut Courtois telah menuduh badan pentadbiran bola sepak lebih mengutamakan wang daripada kesejahteraan pemain yang dikatakannya dilayan bak robot.



Penjaga gawang Real Madrid itu beraksi dalam kededua perlawanan Liga Negara-Negara Eropah bersama Belgium minggu ini.



Ini termasuk play-off bagi tempat ketiga dengan Italy pada Ahad lalu, yang mendorong Courtois bersuara.



"Perlawanan itu sekadar untuk wang sahaja... kita harus bersikap jujur," kata beliau, dalam wawancara dengan SkySports.



"Kita beraksi kerana ia mendatangkan wang lebih bagi Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) dan ia adalah satu lagi perlawanan yang boleh ditayangkan di televisyen," ujar Courtois.



"Di atas kertas, perlawanan antara Italy dengan Belgium adalah bagus... tapi lihatlah bagaimana kededua pasukan telah merombak pasukan masing-masing."



Dua bintang Belgium Eden Hazard dan Romelu Lukaku tidak diturunkan bagi perlawanan Ahad itu, yang dimenangi Italy 2-1.



Beberapa pemain pula mengalami masalah otot selepas perlawanan dengan Perancis di separuh akhir.



"Ini menunjukkan kami beraksi dalam terlalu banyak perlawanan," kata Courtois.



"Tahun depan, kita ada Piala Dunia... dan selanjutnya kita harus beraksi lagi sehingga akhir Jun. Tiada orang yang peduli jika kita tercedera. Tiada orang peduli akan kesejahteraan pemain."



Menambah, Courtois berkata pemain harus bersuara untuk membela diri sendiri kerana jika tidak, keadaan tidak akan berubah.



Memberi respons, Uefa berkata Liga Negara-Negara Eropah tidak menambah kepada kalendar perlawanan semusim dan bilangan perlawanan ada sama kerana ia dimainkan mengikut jadual perlawanan antarabangsa.



Ia juga tidak menyimpan sebarang pendapatan dari Liga Negara-Negara dan semua pendapatan diberikan kepada persatuan bola sepak di setiap negara yang terlibat, kata Uefa.



Dalam pada itu, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sedang mengusul supaya Piala Dunia dianjurkan setiap dua tahun dan bukan setiap empat tahun untuk memperuntuk lebih banyak masa berehat bagi pemain. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >