Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TINJU

Darah 'pahlawan' pada diri Nurshahidah

Srikandi tinju negara bakal hadapi ujian terbesar pada malam 12 November dalam acara 'Singapore Fighting Championships'
Nov 07, 2016 | 05:30 AM



KALAU sudah namanya 'pahlawan', sifat keberanian itu akan terserlah walau dalam apa jua medan pertempuran.



Ini termasuk keberanian menukar kerjaya - daripada seorang pensyarah kepada menyahut cabaran menjadi seorang petinju profesional.



Ternyata tindakan berani itu merupakan satu keputusan berbaloi bagi Nurshahidah Roslie.



Petinju wanita Singapura itu tidak pernah kalah sepanjang kerjaya tinjunya - dengan 50 peratus pertarungannya dimenangi melalui knock-out atau KO.



Nurshahidah, 29 tahun, mula melibatkan diri dalam sukan tinju sekitar berusia 18 tahun. Dua tahun kemudian, beliau menyertai pertarungan pertamanya.



"Dari kecil, saya merasakan bahawa saya tidak cukup bagus, dan hingga kini, pemikiran seperti itu terus menghantui saya.



"Melalui tinju, saya dapat 'melawan' suara negatif dalam diri sendiri dan membuktikan kepada orang lain dan diri saya bahawa saya sebenarnya mampu menjadi hebat," kata Nurshahidah.



Bekas pensyarah di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur dalam jurusan Kecergasan (Fitness) itu membuat keputusan menjadikan tinju kerjaya sepenuh masanya awal tahun ini.



Sebelum itu, beliau sering membahagikan masa antara latihan dengan kerja dan tugasan sekolahnya. Nurshahidah berjaya meraih ijazah Sarjana Mudanya dalam bidang Senaman dan Kesihatan dari Universiti Western Australia.



Kini, sebagai petinju profesional, beliau berlatih enam kali seminggu sehingga dua kali sehari - dibimbing jurulatih yang juga merupakan pengurusnya, Arvind Lalwani.



Buat pertama kalinya, Nurshahidah akan beradu tenaga dengan juara tinju dunia dari New Zealand, Gentiane Lupi, di edisi keempat acara Singapore Fighting Championship (SFC) yang akan berlangsung di Persatuan Foo Chow Singapura di Jalan Besar pada Sabtu ini.



Mereka bakal bersaing untuk merebut kejuaraan kelas 'super feather' Oceania Persatuan Tinju Dunia (WBA).



"Perlawanan yang akan datang itu sangat sengit. Apa lagi ini pertama kali saya akan menentang lawan yang bukan orang Asia.



"Terdapat satu anggapan bahawa perlawanan antara peninju Asia dan bukan Asia amat susah. Tapi saya ingin menghapuskan stereotaip ini," kata Nurshahidah penuh yakin.



Menurut beliau, berdasarkan pertarungan Lupi sebelum ini, pesaingnya itu tampak seperti jenis yang tidak mudah mengaku kalah.



Lupi juga "ada hati mahu berlawan", "boleh menerima tumbukan keras" dan sangat tegas, menurut Nurshahidah.



Namun, beliau tidak ingin terlalu menumpukan perhatiannya pada kekuatan Lupi.



"Saya akan fokus pada kekuatan diri saya. Saya yakin saya ada teknik dan cara mengelak yang baik yang akan saya gunakan ketika berdepan dengannya nanti," katanya.



Bahkan, sentimen yang sama diluahkan oleh jurulatihnya itu.



"Beliau sangat fokus. Bila anda melihatnya dalam perlawanan, anda boleh lihat keinginannya mahu membuktikan kebolehannya dan beliau tidak akan mudah menyerah kalah," kata Arvind.



Selain itu, beliau juga memuji tahap disiplin tinggi yang ditunjukkan Nurshahidah.



"Latihan yang dilaluinya bukan mudah. Namun beliau akan tetap hadir dengan sepenuh hati dan memberikan yang terbaik," tambah jurulatih itu.



Mempunyai disiplin serta kesungguhan bekerja keras merupakan antara perkara yang boleh membawa seseorang mengecapi kejayaan.



"Tidak kira apa keputusan perlawanan ini, insya-Allah tahun hadapan saya akan berlatih untuk memenangi lebih banyak kejohanan di peringkat serantau dan antarabangsa," ujar Nurshahidah.



Ternyata, harapan Arvind bagi anak didiknya itu juga sangat besar. Beliau berkata:



"Saya harap beliau akan menjadi juara dunia kelak. Bukan itu sahaja, saya harap beliau akan meninggalkan satu legasi untuk mendorong wanita lain agar menceburi sukan tinju bukan sahaja secara suka-suka, bahkan secara profesional juga."




BIODATA



Nama: Nurshahidah 'The Sniper' Roslie



Umur: 29 tahun



Mula jadi profesional: Februari 2016



Divisyen: Kelas super feather



Jumlah perlawanan: 4



Jumlah kemenangan: 4 (2 melalui 'KO')



Kedudukan di peringkat antarabangsa: 50/107



Pengurus/jurulatih: Arvind Lalwani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >