Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Datuk Vida mahu Kelantan main macam Atletico Madrid

Mar 22, 2016 | 02:01 PM



PARIS: Penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mahu serapkan modul permainan pasukan La Liga, Atletico Madrid dalam sesi latihan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warrios (PQPTRW).



Susulan itu, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida akan meluangkan masa selama dua hari bersama jurulatih, K. Devan dan pemain PQPTRW semasa cuti rehat Liga Malaysia bagi membincangkan cara untuk melaksanakan modul tersebut, lapor mStar Online.



"Saya akan ke Kelantan selepas pulang ke tanah air dari London dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai modul corak permainan Atletico bersama dengan pasukan PQPTRW.



"Perbincangan itu akan dilakukan sebelum tempoh rehat Liga Malaysia berakhir pada 15 April ini. Kita perlu meneliti setiap aspek yang diguna-pakai pasukan La Liga itu jika mahu memantapkan PQPTRW," katanya kepada mStar Online semalam.



Petang semalam, Vida berlepas ke London, United Kingdom untuk meninjau Stadium Old Trafford, milik sebuah pasukan idolanya, Manchester United.



Beliau akan meninjau stadium tersebut hari ini bagi melihat sendiri reka bentuk dalaman stadium The Red Devils untuk diaplikasikan terhadap Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru, Kelantan.



Vida berkata beliau sudah menyediakan draf modul corak permainan Atletico Madrid yang diperolehinya semasa menyaksikan pertemuan antara pasukan La Liga itu dengan PSV Eindhoven pada aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.



"Saya dapat beberapa input berguna selepas menyaksikan pertembungan penuh dramatik itu. Saya amat terpegun dengan corak permainan Atletico yang berjaya memukau mata saya.



"Draf corak permainan tersebut sudah ada, cuma saya perlu bentangkan kepada pemain dan jurulatih untuk kita gunakan dalam pasukan. Terdapat keperluan untuk ubah corak permainan pasukan jika mahu mengungguli Liga Malaysia," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >